Masa Kecil Anak-Anak Yang Sungguh Cepat Berlalu, Hargai Sebelum Terlewat

MASA KECIL ANAK-ANAK YANG TIDAK AKAN KEMBALI
 
Kalau hari ni kita rasa penat, letih dengan anak meragam, akan datang belum tentu kita dapat rasa perkara yang sama.



Bila anak-anak dah membesar, mesti terdetik dalam hati, "Rasa macam sekejap jek masa berlalu, dah besar dah anak ibu..".
.
Rindu bila anak asyik menangis nak ikut kita, bila anak menangis kita tinggalkan dia walau sekejap jek, geli hati bila tengok si kecil kita bergurau senda dengan kita. Gelak tawa dia, senyum dia.. Perasaan tu..
Hargailah masa yang ada sekarang. Jangan menyesal di kemudian hari.
Kerana...
Anak merengek kerana dia perlukan kasih mu
Anak meragam kerana dia perlukan perhatian mu
Anak menagis kerana mahukan cinta mu
Anak mengamok kerana mahukan kau memujuknya...
Mereka tak pernah menyakiti hati kita

Sedangkan kita selalu saja membuatkan dia sedih, menagis dan kecewa...
Anak anak adalah insan termulia, hatinya bersih, mereka hanya dahagakan kasih sayang dan cinta mu..
Jangan tengking anak bila dia merengek, tapi peluk dia bagi kasih sayang mu
Jangan pukul anak bila dia meragam, tapi bagi perhatian mu kerana dia perlukan perhatian
Jangan tinggalkan anak yg menagis sendiri, dia menagis kerana perlukan cinta mu
Jangan marah anak kalau dia mengamok, kerana dia hanya perlukan pujukan bukan kemarahan!
Tapi jika kita terleka, masa tidak menunggu kita, masa akan berubah dan anak2 akan meminta kasih sayang, cinta, perhatian dan pujukan org luar...
Masa itu kita akan jauh ditinggalkannya.. peluang itu sudah tiada!
Maka! Hari ini.. jika blm terlewat..
Sedarlah!

Cari anak2 anda dan peluk mereka, luahkan kasih mu, sayang mu dan cinta mu padanya..

Ruginya kalau kita tak tegur anak anak kita.
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak anak bila dia buat salah

1 - Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu marah setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah saja terus menusuk ke jiwanya.

2 - Sesungguhnya anak lebih takut dan segan bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak bisa ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut diam.

3 - Sesungguhnya anak lebih menunggu pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )

4 - Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.

5 - Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga ( self-esteem )

6 - Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesalahan dia berbanding ibu. Ini karena di mata anak, dia mau kelihatan sempurna di depan ayahnya.

7 - Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita absen soal mendidik dan memperbaiki anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Positif dampak adanya ayah yang rajin menegur,
- anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
- anak lebih stabil emosinya ( EQ )
- anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
- anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )

Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak.

Jangan cuek, tegur untuk memperbaiki
Kegembiran bukan mahal...Sentiasa bermain bersama anak walaupun dengan barangan terpakai pun asbab anak jadi cerdik dan menghargai moment kanak-kanak mereka.

Mengikut pakar psikologi, pengalaman yang dilalui oleh anak-anak melalui percutian keluarga adalah sangat berharga berbanding apa jua jenis hadiah atau mainan. Malah, ia memberi kesan begitu mendalam kepada perkembangan minda serta emosi anak-anak.
Jadi, kalau ada duit lebih, usahakanlah percutian keluarga untuk anak-anak. Tak kisahlah jauh atau dekat - naik kereta, tren, atau kapal terbang. Yang penting dapat luangkan masa berkualiti bersama mereka!
Klu rasa tak berani nak keluar bercuti skrg, belikan mainan rm2 pun ok. Mereka sudah cukup gembira! Kadang tu anak2 ni bukan minta banyak pun, minta dengar dia bercerita pun kita dah marah! Ya la kita orang dewasa ni byk masalah. 

Jadi sesekali tu happykan anak2. Rezeki melimpah ruah Allah turunkan nanti. InshaAllah
.


Kredit : Eddy Rusdi Abdullah

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post