Tak sempat ganti puasa tahun lalu atau sebelumnya? ini kadar fidyah 2023 yang perlu dibayar
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.
Adakah anda tak sempat ganti puasa tahun lalu?
Anda tak pasti sama ada kena bayar fidyah atau tidak?
Jom kami kongsikan maklumat berikut.
Apakah Itu Fidyah?
Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.
Kaedah pembayaran Fidyah adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
Ada yang tidak menggunakan kaedah gandaan dan ada negeri yang menggunakan kaedah gandaan (bilangan tahun yang ditinggalkan) *pilihan atas kemampuan
Namun secara asasnya, pengiraan adalah sebagaimana berikut;
- Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x Jumlah Pertambahan Bilangan Tahun x Nilai Fidyah Semasa = Jumlah Fidyah Puasa Perlu Dibayar
- Contoh pengiraan negeri Kelantan (ada gandaan) – 10 hari X 2 tahun X RM1.75 = RM35.00
Kadar Fidyah 2023 Setiap Negeri
Berikut adalah Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2022/2023
- Kedah: RM1.80
- Gandaan : Pilihan atas kemampuan
- Kalkulator online & Bayaran online: http://www.maik.gov.my/
- Perlis: RM5.00
- Gandaan : Tidak dikenakan
- Kalkulator online
- Bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)
- Pulau Pinang: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
- Perak: RM1.90
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
- Selangor: RM2.00 (*RM2.00 / RM4.00 / RM6.00 ikut jenis beras dimakan)
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/
- Wilayah Persekutuan: RM4.00
- Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
- Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
- Negeri Sembilan: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php
- Melaka: RM1.80
- Gandaan: Ya
- Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
- Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)
- Gandaan : Ya
- Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
- Pahang: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://zakatpahang.my/fidyah/
- Terengganu: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
- Kelantan: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator online : https://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php
- Sarawak: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Sabah: RM1.75
- Gandaan : Ya
- Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalfid.php
Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.
Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.
Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.
Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.
Apa Itu Gandaan Fidyah?
Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.
Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah!
Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.
Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).
Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:
Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar
Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah!