15 Jenis Makanan Yang Paling Popular Dan Dicari Pengunjung Bazar Ramadan. Bazar Ramadan merupakan destinasi popular pencinta makanan, untuk mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain.
Ia juga ‘port’ yang menyelamatkan ramai para isteri dan ibu yang berdepan kesuntukan waktu menyediakan hidangan untuk keluarga mereka. Suasana sesak di bazar Ramadan dengan ribuan pengunjung pelbagai bangsa mempamerkan keindahan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan aman.
Kalau tengok beratur je gerai tu mungkin menjual 15 hidangan popular mesti ada di bazar Ramadan ini, Jom kita selongkar.
1. Kuih-muih
Bazar Ramadan menjanjikan banyak pilihan kuih-muih tradisional yang sukar untuk didapati misalnya pulut panggang, kuih cara, akok, badak berendam, puteri mandi, tepung talam, talam ubi, nona, onde-onde, bingka dan banyak lagi termasuk bubur.
Tahun ini tular trend kuih muih yang sedia dipack / dibungkus dalam pembagian pembelian.
2. Roti John
Roti John walaupun mudah dibuat sendiri di rumah, namun ramai yang suka beli dari pasar Ramadan kerana boleh didapati dalam roti bersaiz panjang.
Bukan itu saja, ia juga disediakan dalam beberapa ramuan berbeza dan yang paling menjadi kegemaran penulis adalah roti john special yang ditekap dengan cheese dan bila mengigitnya memang nikmat inti kari daging bersalut telur, sos cili, mayonis dan coleslaw terasa sampai bawa ke mimpi!
3. Tepung Pelita
Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ini merupakan pencuci mulut paling digemari sepanjang Ramadan. Lazimnya ia dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.
4. Kebab / Shawarma
Bagi mereka yang rambang mata, tak tahu juadah yang mana nak dibeli di bazar Ramadhan, kebab biasanya menjadi pilihan yang mudah. Disebabkan ia dipanggang selapis demi selapis, dagingnya empuk dan tidak terlebih masak. Ia biasanya diapit dalam roti pita yang suam dan lembut di samping sayuran dan sos cili serta mayonis. Bahan dressing yang lain boleh menaikkan selera pelanggan anda.
5. Ayam Percik
Siapa yang tak tahu ayam percik? Ayam yang biasa dijadikan berkali-kali lebih istimewa dengan perapan percik. Apa rahsianya? Ayam diperap semalaman dengan santan, serbuk kunyit, serai, herba-herba dan rempah ratus, sebelum dicucuk dan dipanggang di atas arang yang merah panas. Proses penyediaannya mungkin agak leceh, tetapi hasilnya cukup lumayan.
6. Murtabak
Pengaruh Timur Tengah telah membanjiri Malaysia dengan bermacam-macam juadah yang enak. Antaranya ialah murtabak:- lempeng yang biasanya disediakan dengan daging atau ayam cincang, dimasak dengan telur, bawang putih, dan bawang. Lempeng ini dilipat dan digoreng di atas kuali rata sehingga perang keemasan. Harumannya yang sungguh tak terkata pasti menggamit pelanggan-pelanggan yang lapar ke gerai anda.
Air tebu dikatakan air yang boleh mengembalikan tenaga setelah keletihan berpuasa seharian. Dapat minum air tebu memang nikmat.
9 . Air Mangga
Jus mangga sejak beberapa tahun lalu mencipta populariti tersendiri dan kini menjadi menu minuman yang sangat dicari di bazar Ramadan.
10. Popia Basah
Bila bercakap mengenai gerai popiah, suasananya memang meriah. Kalau anda perasan lah kan, kalau nak beli popiah mesti kena beratur panjang kan? Ini saja sudah cukup membuktikan bahawa popiah memang salah satu hidangan terpopular sepanjang Ramadan.
11. Nasi Tomato
Kalau tak pekena nasi waktu berbuka, rasa tak lengkap. Di pasar Ramadhan, memang ramai peniaga yang menjual aneka jenis nasi dan di antaranya yang paling popular adalah nasi tomato, nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu dan nasi dagang.
12. Ikan Bakar
Masakan ikan termasuk aneka seafood yang dibakar dan dihidangkan dengan air asam, memang cukup membuka selera tatkala menikmati nasi putih sewaktu berbuka. Selalunya ikan bakar yang paling laris adalah terubok, pari, sembilang, keli, kembong, siakap dan cencaru.
Hidangan yang semakin mendapat tempat. Berkuah kacang atau sambal, cucur udang jumbo ini antara yang menarik di bazar ramadan.