Jom Buat Popia Seaweed Untuk Raya Nanti, Dah Kunyah Susah Nak Stop!

Inti popia pun boleh diperbagaikan sekarang ikut selera masing-masing. Yang terbaru, boleh guna Seaweed, anak-anak pun suka.


Jom buat Popia Seaweed untuk raya nanti. Tak susah pun boleh ajak anak buat atau adik adik join sekali buat popia seaweed ni, confirm jadi, rasa pun sedap!
Dah kunyah mmg susah nak stop 

Bahan-Bahan :
  • 2 pack kulit popia FIGO
  • 1 pack seaweed 
Utk sapuan kulit popia
  • 8 biji telur (bancuh utk 4 biji dulu)
  • Perasa nasi goreng saji atau serbuk pati ayam pun ok
  • sedikit serbuk lada putih
  • Minyak utk goreng
Cara Penyediaan:
 
 Campur sebati bahan sapuan

Sapukan bahan sapuan ke kulit popia.


Lekatkan Seaweed seperti lintasan zebra kemudian potong

 
Kemudian potong empat segi atau ikut citarasa sendiri


Dah siap, panaskan kuali dan goreng sehingga garing
 

Dah siap boleh dihidangkan


Selesai wat tampal menampal kte kasi potong kecik2 selepas kering...n barulh goreng.

Sumber resepi : jue raz

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post