20 Koleksi Iklan Raya 2023 Mesti Tonton Lebaran Kali Ini

Seperti biasa dan menjadi kelaziman setiap kali tibanya raya, syarikat dan jenama terkemuka akan mengeluarkan iklan bertemakan raya. Tahun ini tidak kurang meriahnya. Nampaknya banyak nama-nama besar pelakon pun turut membintangi iklan raya. Dah macam filem dah mutu video iklan raya ni.


Jom kita selongkar koleksi Iklan raya aidilfitri 2023

1. Bulan Bintang Raya 2023 - Raya Macam Star

Iklan raya bulan Bintang for the first time


2. Iklan Raya Addar Beauty 
Huru- hara jadinya bila anak Tok Ketua nak datang beraya. Dua beradik berlumba-lumba nak jadi siapa paling cantik untuk memikat anak Tok Ketua.

   

3. Iklan Petronas Bertemakan ‘Akar Untuk Masa Depan’
Filem sempena Aidilfitri tahun ini menampilkan konflik pertembungan irama dua generasi. Pergeseran tercetus antara Man Gambus dan anaknya, Nadim apabila Nadim dengan berat hati telah bersetuju untuk bermain gambus di dalam kumpulan muzik tradisional bapanya di sebuah majlis berbuka puasa. Namun, persembahan itu berakhir dengan persengketaan antara mereka berdua.

 

Raya 2023 | Kisah Raya P.E.R.I.T | Julie's Biscuits 
Mengisahkan perjalanan Raya tahunan Timah dan Farah. Adakah mereka akan tiba di kampung halaman tepat pada masanya tahun ini? Atau sesuatu akan berlaku dan menghalang mereka untuk beraya sama sekali?

   


Iklan Ramadan SAJI 2023 | SABAR 
Setiap insan pasti diuji pelbagai dugaan dan cabaran. Tetapi sejauh manakah kita menjadi orang yang sabar? Saksikan SABAR, dibawakan khas oleh SAJI.



Iklan Raya Gamuda Land 
Hijau merupakan warna utama yang terlintas di fikiran untuk sambutan Hari Raya. Namun, tahukah anda ada maksud lain di sebalik perkataan Hijau? Ketahui definisi Raya Hijau kami tahun ini dalam filem Raya bertajuk 'Mak, Kau Tak Hijau!

   

Iklan Raya Cuckoo 
Iklan raya Cuckoo yang sangat menghiburkan. Tak habis-habis layan iklan raya sedih, jom layan iklan raya komedi yang lawak pula.

   

Etiqa Raya 2023 - Panorama Abah 
Den Marahnya muka Jamal…Sebab Abah ke? Kalau nak tahu, jom tonton sekarang!

   

Iklan Raya 2023 Takaful Malaysia - Al Kisah Malam Raya 
Ikuti perjalanan pulang ke kampung halaman pasangan suami isteri, Ropie dan Maznah untuk menyambut hari raya. Dalam perjalanan, mereka dikejutkan dengan tetamu yang tidak diundang… 


XES SHOES RAYA 2023
Apa nasib selipar buruk? | XES SHOES RAYA 2023 Malek : Bukan ke patutnya hari ni kita cari kasut raya, Ayah? Kasut : Apa salah akuuuu!!!

   

 ISUZU D Max Isuzu D Max Malaysia

   

Seng Cars Raya 2023 - Hadiah Baba 
Ayah mungkin seorang figura yang jarang menonjolkan keprihatinan dan kasih sayang terhadap anaknya sendiri. Namun, kasih sayang seorang Ayah akan sentiasa ada untuk anaknya selamanya. Saksikan kisah Aina yang selalu tidak berpuas hati terhadap ayahnya yang asyik membuat Aina merasa kesal dan marah atas tindakannya itu.

   

GuardianRaya2023 - Guardian Raya Untuk Semua 
 Hari Raya adalah untuk semua, begitu juga dengan muzik video terbaru kami! 🎉🎶 Muzik video "Guardian Raya Untuk Semua" memaparkan kegembiraan perayaan Aidifitri bagi setiap tahun.

   

VIDEO RAYA HASNURI 2023 : READY KE RAYA ? 
Semua org gelabah kan? Kelam kabut semua semua orang sebab raya mengejut! Tertiba umum Raya awal sehari! Dah la semua benda belum prepare apa2 lagi!

   

SafiRayaSupaVass : Jodoh Syafiderella 
SAFI ingin menjemput semua ke rumah terbuka Amir bersama Syafiderella. Tapi alamak, ada halangan lah! Dapatkah Syafiderella melepaskan diri dengan pertolongan daripada Safi Vass SUPASTAR? Nak tahu? Jom tonton video Safi Raya Supa Vass: Jodoh Syafiderella sampai habis!

   

 Iklan Raya 2023 Central Market I Tibanya Raya

   

 ADINDA by Tudung Fazura (Iklan Raya 2023) 
Adinda mengisahkan seorang kakak yang ingin berbaik semula dengan adiknya menjelang Hari Raya meskipun adiknya enggan.

   

JANJI - Iklan Raya WhiteDot 2023 
Di saat kita bergembira bersama insan tersayang, di mahligai indah milik kita, jangan sampai kita lupakan ibu bapa di teratak mereka yang pernah jadi ruang kebahagiaan untuk kita.

   

Iklan Raya Aidilfitri Lembaga Zakat Selangor 2023 | BAKTI 
Sejauh mana perjalanan Bakti dapat mengejar pahala? Sesibuk mana sekalipun seseorang dalam mencari rezeki dan membantu yang memerlukan, jangan pernah melupakan insan yang patut diutamakan.

 
 
 Air Selangor Raya 2023 | Gambar Pagi Raya 
“Aku dah tak kisah! Korang ambillah gambar sendiri.” Kenapa Anis marah sangat dengan keluarga dia tu? Memang tiada keluarga yang sempurna, tapi ini kan Hari Raya, masa untuk kita bermaaf-maafan? 

 

Iklan Raya Puteri 
Bila hubungan bertambah erat, raya pasti lebih meriah. 🥰 Tapi apa yang akan jadi kalau masing-masing berebut nak tunjuk hebat? 👊💥 Saksikan “battle” Along dan Angah dalam “Puteri Mana Yang Hebat”.

 


IKLAN RAYA FURVITPET 2023- INDAHNYA RAYA
Drama pendek Indahnya Raya diinspirasikan oleh kisah sebenar yang terjadi di seluruh dunia, Malaysia terutamanya. Mengisahkan tentang Nizam dan Indah yang meraikan sambutan Hari Raya ke-13 mereka bersama-sama.


Bestnya
Iklan raya Julie, Petronas Mantapp! dan Bulan Bintang tooo so sweet

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post