20 Hadiah 'Rare' Buat Cikgu Daripada Anak Murid Sempena Hari Guru

‘Terima Kasih, Cikgu’ hadiah yang tiada nilianya. Setiap kali tiba sambutan hari guru, ibu bapa lah antara yang sibuk dan runsing memikirkan hadiah apa yang bakal diberikan kepada guru-guru buat anak mereka di sekolah sempena sambutan Hari Guru.
 

Cikgu mmg tak meminta, sy sbg ibu, wakil kan dekat ank bg pd cikgu sbb dulu2 zaman sy, tak berkemampuan nk bg pd guru2, sbb tu bila hari guru tiba sy lebih teruja dari ank2. SELAMAT HARI GURU KEPADA SMUA GURU2 DI SELURUH MALAYSIA, TAK KIRA APA JENIS GURU SEKALI PUN.

Jadi jom kita selongkar antara hadiah RARE pemberian murid sempena hari guru. Yang jadi cikgu, hadiah apa paling rare korang dapat harini?

Makanan pelbagai jenis


Sya dpt lada....hrp2 xde la mksud tersirat nk cilikn mulut cgukena lebih berhati2 la nk ckp dlm kls nti...seram jgk kita dpt cili ni...Husnuzon je la..nk bagi kita rajin masok



Surprise dr anak murid 'Sejambak Lobster' salam dari kepulauan Banggi Kudat Sabah


tu duit raya yg dia dpt msa raya....xdan nk gi bli hadiah..


Berbunga-bunga hati nie dapat Pucuk Ubi & Bunga Kantan segar. Hadiah yang cukup mengembirakan . Mengajar di Sekolah Murid Orang Asli.


Barang2 dapur...mau sebulan tak perlu beli nih...



Tudung untuk isteri cikgu lelaki, Bini happy suami pun happy katanya hehehe


mesti ibu bapa ni faham berapa penat cikgu mengajar. Selamat Hari Guru
yer siap ada minyak cap kapak lg .. pening kepala ngadap anak murid boleh sapu terus ..


Sesuai untuk aktiviti berkebun, pokok pokok sekali dapat.


Anak murid ARMY laa


Hadiah anak murid tahun 1 yg sgt pendiam. Smlm panggil cikgu. Nah hadiah.belon yg telah pecah setelah hbs sukaneka.Dia ambil buat reben


barang² kedai eco je..buat sendiri je jimat..jadi la hadiah untuk cikgu..anak² pon happy dpt bagi hadiah dekat cikgu yg die suka..



Nah.. pakej detox teruss!. Dia suruh cikgu kuyus lps raya!



Ikan laga pun boleh


Kalkulator buat cikgu mudah kira-kira markah


Comel Tanjak kecil.


Huwooo syoklah dapat power bank


Hadiah 1st sampai atas meja.. simple tapi sweet sangat2..berguna sangat teacher appreciate


"sy xde hadiah.. ni je hadiah sy " terima kasih kesayangan




Anggaplah setiap pemberian tu istimewa cikgu2. Hargai walau sekecil2 pemberian. Ada murid yg tak mampu pun nak bg, tp tetap berusaha. Apa2 pun. Terima kasih cikgu utk jasamu.


Sesungguhnya disebalik hadiah buat guru ada ibu bapa yang bertungkus lumus menyediakan hadiah untuk diberikan.

Apabila memBUDAYAkan pemberian hadiah... dan anak² yang belom mampu makPak-nya sediakan hadiah .. ferghhhh .. buleh jadik tekanan perasaan pada si murid tersebot .. dalam hal ni bila jadik .. makPak dan chekgu itu sendiri PERLU main peranan sunggoh² sebab ia melibatkan emosi paling dalam .. wallahu 'alam ..

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post