25 Koleksi Ucapan & Pantun Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik

Hari Guru disambut setiap tanggal 16 Mei setiap tahun. Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar.

Sinonim dengan sambutan hari guru, mereka yang pernah dididik, diasuh diajar oleh guru bakal dengan dihargai dengan ucapan dan hadiah sebagai sebuah penghormatan.



Contoh Ucapan Selamat Hari Guru

Jadi jom kita selongkar ucapan & pantun Selamat Hari Guru 2023 yang boleh digunakan khas untuk guru-guru tersayang.

1. Berkongsi kasih, menyemai sayang.. Walau budi guru tidak terbalas, mendidik anak bangsa. Selamat Hari Guru

2. Diri ini asalnya sehelai kain putih. Terima kasih kepada guru-guru yang sudi mencorakkannya. Kegigihan dalam mendidik akan dikenang selalu.

3. Guru, Engkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru

4. Guru ibarat lilin yang menerangi kegelapan, Semoga segala usaha murni para guru akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

5. Wahai guru, terima kasih kerana memberiku peluang untuk mencapai cita-citaku. Menukar angan-angan kepada usaha. Mengubah impian kepada azam. Menabur ilmu kepada kami yang serba tidak tahu. Setiap pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya.'

6.Orang hebat dapat melahirkan karya yang bermutu. Namun, guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang hebat. Selamat Hari Guru

7. Seorang guru adalah insan yang luar biasa, mentor dan pendamping yang sangat hebat. Terima kasih untuk semuanya. Kaulah inspirasiku! Selamat Hari Guru

8. Cikgu, Terima kasih kerana telah mempercayaiku ketika tidak ada orang lain yang melakukannya, termasuk diriku sendiri.


9. BAGAIKAN MENGAIL IKAN. Guru itu seperti mata kail ikan. Tajam pemikirannya sehingga mampu menembus semua lapiran insan manusia.

10. Selamat Hari Guru. Jasamu dikenang, Budimu dijulang. Kasihmu tak terbilang.

11. Selamat Hari Guru. Semoga semua ilmu yang cikgu berikan menjadi pahala yang mengalir tanpa henti.

12. Hidup kami tandus, tanpa kata-kata yang halus dan bijakmu guru. Engkaulah guru, penerang hidup kami!


13.Wahai guru, Ibu bapa memberikan kami kehidupan,
Manakala engkau mengajari kami cara untuk menjalaninya,
Jasa dan pengorbananmu akan sentiasa dikenang.


14. Tanpa bimbingan darimu,
Tidak mungkin kami dapat berjaya ke tahap ini,
Selamat Hari Guru diucapkan untukmu.
Jasa dan baktimu akan dikenang sampai akhir waktu.

15. Selamat Hari Guru Sedunia untuk semua guru!
Terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicuahkan tanpa henti.
Tidak tergambar oleh kata-kata,
Kerana banyaknya jasa para guru
Semoga Allah merahmati jasa yang telah dicurahkan,
Yang memimpin kami mengenal Tuhan,
Semoga kebaikan yang dicurahkan menjadi asbab untuk guru ke syurga.

16. Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Seangkatan dengannya. TERIMA KASIH semua guru kerana mengajar kami tentang adab dan ilmu sehingga kami menjadi orang yang berguna. Selamat Hari Guru


17. Oh guru,
Maafkan kami yang ada kalanya nakal dan tidak mendengar kata,
Ampunkan kami yang sering mengingkari nasihatmu,
Atas segala kasih sayang dan kesabaran menghadapi kami,
Kami berharap semoga Allah membalas kebaikanmu dengan setimpal.
Atas segala ilmu yang diturunkan,
Atas semua kesabaran dan keikhlasan ketika mengajar kami,
Kuungkapkan jutaan terima kasih padamu,
Selamat Hari Guru

18. Guru adalah teladan yang memberitahu, menjelaskan atau mendemonstrasikan. serta menginspirasikan. Selamat Hari Guru!

19. Guru… kehadirannya dirindukan. Kata-katanya menginspirasikan. Sikapnya diteladani. Nasihatnya menyejukkan hati. Selamat Hari Guru untuk semua pendidik!

20. Selamat Hari Guru… Untuk semua guru yang mulia. Jasa kalian akan selalu kami kenang. Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa.


Pantun Hari Guru

Suasana gunung nyaman dan redup,
Namun penuh semak dan belukar,
Guru memberi pedoman hidup,
Tanpanya pasti kita tersasar.

Harum sungguh tidak terperi,
Bunga pemberian dari sang ratu,
Umpama lilin membakar diri,
Begitulah pengorbanan mulia si guru.

Pergi ke hutan mencari gaharu,
Untuk dibuat sarung peluru,
Tanpa insan bernama guru,
Takkan membangun generasi baharu.

Turun ke laut bersama umpan,
Namun hujan di tengah hari,
Mengajarkan kami tentang harapan dan kehidupan,
Itulah guru, insan utama yang membentuk kami.


Pakaian berseri serba baharu,
Untuk dipakai di malam temasya,
Hidup manusia tanpa guru,
Ibarat burung tanpa sayapnya.

Pelita dibakar di hujung sumbu
Terang benderang sinar cahayanya,
Betapa mulia kerjaya guru,
Semoga Allah mengangkat darjatnya.




Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post