9 Lokasi Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri

Program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri akan menjelajah setiap daerah bermula minggu pertama sambutan hari raya pada 28 April.


Bermula di tapak pasar pagi Pekan Salak, Sepang, program yang dijadual berlangsung sehingga 14 Mei bakal diadakan selama tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat ke majlis tersebut di Padang Taman Sri Kerayong, Klang pada 30 April.
Majlis yang merangkumi Rumah Terbuka Aidilfitri dan Rewang Sekampung itu juga bakal dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pimpinan negeri.

Program berkenaan akan diteruskan di Padang Taman Awam Hulu Bernam di Hulu Selangor pada 29 April dan seterusnya di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding di Hulu Langat pada 5 Mei.

Jadual lengkap program seperti berikut:
 

28 April 2023, Jumaat
Kawasan Sepang di Tapak Pasar Pagi Pekan Salak bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

29 April 2023, Sabtu
Rakyat kawasan Hulu Selangor berpeluang hadir memeriah majlis itu yang diadakan di Padang Awam Hulu Bernam, juga bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

30 April, Ahad
Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan di kawasan Klang iaitu di Padang Taman Seri Kerayong, Kapar bermula jam 8 malam hingga 11 malam.

5 Mei 2023, Jumaat
Kawasan Hulu Langat diadakan pada 5 Mei di Tapak Agora Night Market, Taman Sri Nanding bermula jam 8 malam hingga 11 malam

6 Mei 2023, Sabtu
Tapak Pasar Malam Paya Jaras, Petaling bermula jam 11 pagi hingga 3 petang.


7 Mei 2023, Ahad
rumah terbuka berlangsung di Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat dari jam 8 malam hingga 11 malam; dan 12 Mei di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam (8 malam – 11 malam).

13 Mei 2023, Sabtu
Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (8 malam – 11 malam)

14 Mei 2023, Ahad
Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Gombak (8 malam – 11 malam).

Seluruh rakyat Selangor dijemput hadir bersama keluarga dan kenalan pada program Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kawasan masing-masing.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post