24 Senarai Peserta & Mentor Mega Spontan 2023 - Takhta Jenaka Luar Biasa

Peserta & Mentor Program Mega Spontan 2023 - Nak melawak spontan bukan senang, jangan gaduh kalau boleh bincang, Itu dia mentor dah datang, ajar berjenaka sampai bergoncang. 

Sebelum ini, kita sudah saksikan banyak siri permainan Super Spontan seperti Super Spontan Superstar, Super Spontan All Start, Super Spontan Xtravaganza, Super Spontan Super 2017 dan kali ini terbaru Mega Spontan 2023. 


Musim kali ini nampak berbeza daripada musim sebelum-sebelumnya. Kalau dulu, mereka bermain dengan format game show komedi antara dua pasukan sahaja, tetapi kini dalam Mega Spontan 2023 ada 4 kumpulan.



Setiap kumpulan yang terlibat ini mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh. Kali ini, pemenang akan dinobatkan menjadi 'Raja Kerajaan Takhta Nusantara'.

Mega Spontan akan disertai oleh 20 pemain yang dibahagikan dalam 4 kumpulan tersebut. Berbeza seperti sebelumnya, kali ini selain daripada barisan pelawak, ada juga otai serta influencer sosial media dan buat kali pertama akan ada rakyat umum akan menjadi peserta yang dipilih menerusi uji bakat terbuka.

Senarai Peserta Kumpulan & Mentor Mega Spontan 2023
Antara nama-nama besar dan baharu pemain yang terlibat dalam Mega Spontan 2023 ialah Atu Zero, Mamak Puteh, Joey Daud, Mark Adam, Ropie, Roy Azman, Dato' Jalaluddin Hassan, Adlin Aman Ramli, Naim Daniel, Fadli Masoot, Aya Amiruddin, Noreen Iman, Ramona Zam Zam, Farahdhiya, Mamat Sepah dan Sanjna Suri.

Srivijanda
Mentor Kamal Adli
1. Mamak Puteh
2. Ropie
3. Fadli Masoot
4. Aya Amiruddin
5. Apit Wan Lebo



 

Langkataksuka
Mentor Sabri Yunus
1. Mark Adam
2. Roy Azman
3. Naim Daniel
4. Farahdhiya
5. Ijat Habart

Majakelat

Mentor Zizan Razak
1. Joey Daud
2. Adlin Aman Ramli
3. Mamat Sepah
4. Sanjna Suri
5. Oky Danial 

Campaktakjauh
Mentor Douglas Lim
1. Dato' Jalaluddin Hassan
2. Atu Zero
3. Ramona Zam Zam
4. Noreen Iman
5. Akay Pikir

Sistem Mentor
Mentor bagi setiap kumpulan dimana tugas mereka untuk membantu merancana strategi untuk kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale.

Terdiri daripada Zizan Razak untuk pasukan Majakelat, Douglas Lim untuk Campaktajauh, Sabri Yunus untuk pasukan Langkatasuka dan Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda. Manakala setiap gerak geri pemain akan dinilai oleh Dato' Afdlin Shauki sebagai Game Master termasuklah menentukan peraturan setiap permainan.

Host

Mega Spontan akan membawakan Sherry Alhadad sebagai pengacara di pentas utama, disamping Amir Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara bersama bagi menanyakan soalan-soalan panas kepada barisan pemain.

Pemarkahan & Undian

Berbeza dengan sebelumnya, kali ini bukan peserta yang akan tersingkir tetapi tetapi secara berkumpulan yang mana ianya hanya akan diadakan pada minggu-minggu yang terpilih sahaja. Undian ada secara online dan boleh dibuat di www.gempak.com/megspontan.

Hadiah

Juara kumpulan akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi. Pemain terbaik pusingan akhir akan memenangi RM10,00 juga beserta trofi. Setiap minggu, kumpulan yang menang akan peroleh RM5,000 untuk didermakan kepada badan amal terpilih.

Waktu Siaran

Mega Spontan 2023 akan berlangsung selama 8 minggu dan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei 2023, setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Astro Warna 107 atau secara online di Astro Go.

Siapakah yang bakal bergelar juara Mega Spontan 2023? sama-sama kita nantikan!

Grand Finale

Dua kerajaan Manjakelat & Srivijanda telah berentap merebut gelaran juara pada malam Finale yang berlangsung pada jumaat, 7 Julai yang lalu. Manjakelat dinobatkan sebagai juara program Juara Mega Spontan 2023 apabila mereka bersaing menentang Srivijanda di Finale.

Kumpulan yang terdiri daripada Joey Daud, Adlin Aman Ramli, Mamat Sepah, Sanjna Suri dan Oky Danial juga membawa pulang hadiah wang tunai utama berjumlah RM200,000 beserta trofi dan kalungan emas.

Juara Mega Spontan 2023 Kerajaan Majakelat! : RM200,000, Trofi & Kalungan Emas
Man of the match : Zowiey (RM10,000)

Tahniah

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post