ERA FM - Senarai Frekuensi FM, Senarai DJ & Penyampai, Segmen & Program Harian

Era FM adalah salah satu stesen radio tempatan popular dan digemari ramai tanpa mengira usia.

Stesen radio ini merupakan milik Astro Radio Sdn Bhd, iaitu salah satu anak syarikat Astro All Asia Networks yang turut memiliki beberapa stesen radio terkemuka di Malaysia antaranya Raaga, Sinar FM, Gegar, Hitz dan Mix FM.



Ikuti info menarik mengenai stesen radio popular ini.

Ke udara secara rasmi pada 1 Ogos 1998, Era FM kekal menjadi stesen radio Bahasa Melayu kegemaran rakyat Malaysia.

Namun, ia kekal berkembang mengikut trend muzik semasa sambil menyajikan bukan sahaja lagu-lagu dalam Bahasa Melayu, malah radio dengan slogan Muzik Hit Terkini ini turut memainkan lagu dari negara Barat, Indonesia dan Korea Selatan.

Asalnya, stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock yang mula berkumandang pada 1 Januari 1997 sebelum menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

Pada 1 Januari 2018, radio ini telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai inisiatif daripada Astro Radio untuk mengintegrasikan pelbagai platform di bwah jenama tersebut. Logo baharu turut diperkenalkan kepada semua pendengar.

Seiring dengan perkembangan radio terkemuka ini, slogan stesen radio ERA FM turut berubah beberapa kali sejak beroperasi :
Slogan Radio Era Dari Dahulu Sehingga Kini
Rentak Muzik Terkini (1998-2009)
Muzik Terkini (2009-2011)
Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik (2011-2012)
Muzik Hit Terbaik (2012-2022)
Muzik Hit Terkini (2022-Kini)
Frekuensi ERA FM

Radio ERA boleh didengari di seluruh Malaysia menerusi frekuensi berikut :
Frekuensi Lokasi

103.3 MHz Lembah Klang
103.3 MHz Kota Bharu, Kelantan
103.6 MHz Alor Setar, Kedah dan Perlis
103.6 MHz Pulau Pinang
103.6 MHz Seremban, Negeri Sembilan
90.7 MHz Langkawi, Kedah
95.2 MHz Taiping, Perak
103.7 MHz Ipoh, Perak
90.3 MHz Melaka dan Johor Utara
104.5 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura
104.5 MHz Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
98.0 MHz Kuantan, Pahang
102.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu


Anda juga boleh mendengar siaran stesen radio ini secara dalam talian melalui laman web SYOK di alamat https://era.syok.my/

Senarai DJ Radio ERA FM

Berikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio ERA FM:

Azad Jasmin
Nabil Ahmad
Radin Amir Affendy
Munaabella
Isha Norsham
Haniff Hamzah
Ray
Fazziq Muqris
Amira Husna (Era Terengganu)
Chris (Kota Kinabalu)
Ily (Kota Kinabalu)
Beebey (Kota Kinabalu)
Lopz Wala (Kota Kinabalu)
Kim (Kota Kinabalu)
Jay Jay (Kota Kinabalu)
Osha (Kuching)
Afick (Kuching)
Chopie (Kuching)
Syaz (Kuching)
Fir Affandi (Kuching)
Elly Mazlein
Zahier YusoffDottie
Isha Norsham
Fazziq Muqris
Namie
Hawa Rizwana

Segmen dan Program di ERA

Pelbagai segmen serta program menarik di radio ERA setiap hari.

Isnin – Jumaat

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 – 06:00
3 Pagi ERAAzad Jasmin, Nabil & Radin06:00 – 10:00
ERAthonMunaabella10:00 – 13:00
Gempak Hit ERAIsha Norsham13:00 – 16:00
101 ERAHaniff & Ray16:00 – 20:00
PM 40 ERAFazziq Muqris20:00 – 00:00







Sabtu
SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 – 07:00
Sabtu Pagi ERANamie & Hawa Rizwana07:00 – 10:00
RIM CHART ERAIsha Norsham10:00 – 11:00
Hujung Minggu ERAN/A11:00 – 15:00
Carta ERA 40Elly Mazlein15:00 – 19:00
Terbaik 3 Pagi ERAN/A19:00 – 20:00
Non Stop ERAN/A20:00 – 22:00
Flow ERAZahier22:00 – 23:00
Hallyu ERAMunabella23:00 – 00:00

Ahad
SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 – 06:00
Terbaik 3 Pagi ERAN/A06:00 – 08:00
Carta ERA 40 (ulangan)Elly Mazlein08:00 – 12:00
Lagu Baru Nak UpZahier12:00 – 14:00
Hujung Minggu ERAN/A14:00 – 18:00
Ulangan RIM CHART ERAIsha Norsham18:00 – 19:00
Terbaik 101 ERAN/A19:00 – 20:00
Non Stop ERAN/A20:00 – 23:00
Hallyu ERA (ulangan)Munabella23:00 – 00:00

Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai radio ERA, sila ikuti laman media sosial mereka di pautan berikut :
Facebook : fb.com/era.je
Instagram : www.instagram.com/era.je
Twitter : twitter.com/ERAdotje
Youtube : www.youtube.com/eradotje

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post