Rekomen 12 Facebook Group Bermanfaat Boleh Ambil Pengajaran Dan Ilmu Berguna

Baru-baru ni group facebook- Muflis Bankrupt di Malaysia ni viral sebab ramai yang boleh ambil pengajaran daripada kisah hidup orang lain. Jadi kat bawah ni saya nak share group-group lain di facebook yang juga banyak beri manfaat pada masyarakat.



1. Group Permasalahan Kes Di Mahkamah Syariah

Group ni macam group Muflis Bankrupt tu juga, kita boleh ambil pengajaran daripada kes/ isu rumah tangga orang lain dan serba sedikit boleh belajar tentang sistem Kehakiman Syariah. 

 

2. Group Edit Apa Hari Ni ? 
Group ni kelakar sikit, ramai ahli yang request untuk edit gambar yang pelbagai. Maka dari situlah terserlah kreativiti rakyat Malaysia. Kalau upah orang mahal, kat sini free je, itu pun ikut nasib la kalau dapat yang elok . 



3. Group Netflix Recommendations (Malaysia). 
Memandangkan rakyat Malaysia dan Netflix berpisah tiada, maka lahirlah group ini untuk cari movie yang sesuai dengan selera penonton. Tanya atau search je nak movie cemana, nanti ramailah yang bagi suggestion.

Sesuai untuk peminat-peminat perfume. Tapi saya warning siap-siap, kalau dah masuk memang susah nak keluar ! Dia punya racun tu memang tiada ubat hahahaha. Amacam, ada bran? 



5. Group Suami Masak Apa Hari Ini ? 
Group ni tak silap viral waktu PKP dulu kan ? Ha kalau nak resipi-resipi memasak join la group ni. Silap-sila dari tak pandai masak, sampai boleh buka restoran sendiri nanti, inshaallah.

Group macamni biasanya ada peminat tersendiri. Sebab bukan semua dari kalangan kita ni minat pasal ketenteraan mahupun sejarah. Tapi untuk peminat sejarah ketenteraan macam saya, memang dialu-alukan masuk.




7. Group ID Ular Malaysia. 
Group ni paling bagus sebab kita boleh belajar jenis-jenis ular yang ada di Malaysia. Kat luar sana ramai yang palatao pasal ular berbisa/ tak berbisa. Bagus join group ni, nanti takdela menggelabah bila jumpa ular. 

Group ni pun lebih kurang je macam group ID Ular tu. Banyak spesis-spesis serangga yang kita tak pernah tahu dan jarang jumpa yang boleh kita belajar dan kenal dalam group ni. 

Kalau korang ada business jual burger atau nak masak burger sendiri kat rumah, boleh join group ni untuk belajar tips berniaga atau buat burger. Banyak resipi-resipi yang kita boleh cuba kat sini. 



10. Group Tukang Apa Hari Ini.
Shortform group ni mungkin tak berapa rahmah, tapi ilmu yang kita boleh dapat dalam ni sangat berguna. Khusus untuk kaki DIY atau yang ada plan nak renovate/ bina rumah sendiri. Bila dah ada ilmu, takdelah mudah kena tipu.

 

Khas untuk pengguna barangan jenama Apple. Nak tahu apa-apa isu tentang iPhone ke, iPad ke dll, masuk je group ni. Ada otai seperti
@XavierNaxa dalam tu yang sentiasa memeriahkan suasana.




12. Group Smartphone Photography Malaysia. 
Mana yang rasa nak improve skill ambil gambar time hari raya, boleh la join group ni. Kadang tu kita rasa kita pro dah, rupanya banyak lagi ilmu fotografi yang kita silap atau taktahu. 





Sekian perkongsian dari saya. Apapun, masuk tempat orang janganlah jadi toksik. Setiap group ada peraturan tersendiri, jadinya silalah patuh pada peraturan yang telah ditetapkan. Jangan main masuk je lepastu buat kepala sendiri, okay ? Kot ada yang tahu group2 best silalah share


Kredit : syafiqdaniel

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post