10 benda paling kotor di dapur yang akan mengejutkan anda.
Dapur adalah antara ruang di rumah paling popular untuk makan masak, basuh tangan. Dalam keterujaan menyediakan menu masakan, kebersihan dapur juga perlu dititikberatkan untuk mengelakkan sebarang perkara yang memudaratkan.
Mungkin ramai yang tidak sedar terdapat beberapa barang di dapur yang menjadi sarang pembiakan bakteria. Menerusi perkongsian Huda Zainal di Facebook miliknya, ibu kepada empat cahaya mata itu berkongsi mengenai pembacaannya dalam majalah Kings of Maid bertajuk, Even the cleanest kitchen has germs.
Pelbagai jenis kuman bakteria seperti Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat boleh melekat di span dapur rumah.
2. Papan pemotong
Papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu sebagai punca keracunan makanan. Hal ini kerana banyak serpihan makanan terlekat di celah tempat yang tercalar akibat kesan memotong.
Menurut Ben Chapmen, penyelidik keselamatan makanan di Universiti NC State, dia menyarankan agar papan pemotong dibersihkan dengan air suam terutama selepas memotong ayam.
Tambahnya, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah, manakala papan pemotong plastik untuk memotong daging serta ayam.

Jadi jom kita selongkar benda paling kotor di dapur yang disenaraikan dalam majalah berkenaan.
1. Span Pencuci
Span pencuci pinggan mangkuk adalah benda nombor satu paling kotor kerana keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria. Menurut kajian yang dilaporkan oleh The New York Time, cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap dua minggu sekali.

3. Sinki
Meskipun digunakan untuk mencuci, tidak semestinya ia kawasan yang bersih kerana sinki adalah tempat paling banyak bakteria Dan kuman.
Cara terbaik pembersihan sinki adalah menggunakan produk penyahjangkitan seperti peluntur sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.

4. Pembuka tin
Kebanyakan kita hanya melalukan air untuk membersihkan pembuka tin. Sebulan sekali, rendam pembuka tin dalam air larutan cuka untuk membunuh kuman.
5. Kawalan panel peralatan elektrik
Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan elektrik seperti ketuhar, periuk nasi atau pengisar, namun terlepas pandang untuk membersihkan butang kawalan pada bahagian luar. Kawasan itu menjadi tempat pembiakan kuman kerana kita sering menyentuhnya ketika tangan masih kotor.
Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan. Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.

6. Gasket pengisar
Mungkin ramai yang takut tangan terluka terkena bilah pisau dan jarang mencuci gasket pengisar. Ada yang hanya melalukan air selepas mengisar bawang atau cili. Sisa bahan masakan yang terlekat dan tidak dibasuh dengan bersih akan membuatkan bahagian berkenaan berlumut dan menjadi sarang pembiakan bakteria.

7. Tempat letak pisau
Bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau? Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau.
Sebulan sekali, rendam tempat letak pisau di dalam air panas yang dicampurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci penyedut minuman untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau.

8. Bekas garam dan lada sulah
Bahan yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan, namun antara bekas yang jarang dicuci. Sebelum memasukkan garam atau lada baharu, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.

9. Pemegang pintu peti ais
Apa sahaja pemegang di dapur seperti pemegang pintu peti ais, almari, ketuhar gelombang mikro ataupun tombol pintu perlu dibersihkan selalu untuk membasmi kuman yang terdapat di kawasan itu.

10. Ruangan Sayur Dalam Peti Ais
Tempat penyimpanan sayur di dalam peti ais boleh jadi tempat paling kotor.11. Kain Lap Sapu Tangan
Setiap kali lap tangan disitulah ada bakteria yang membiak.
Semoga bermanfaat dan bersama-samalah kita menjaga kebersihan ya!