Kronologi tragedi kapal selam Titan
Dunia dikejutkan dengan kehilangan pelancong Titan milik OceanGate yang menaiki kapal selam itu untuk melihat bangkai kapal Titanic yang karam pada tahun 1912.
Selepas lima hari pencarian, Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) sahkan kapal selam membawa lima penumpang itu meletup selepas serpihan kapal ditemukan. 20 Jun 2023 Kapal selam Titan mula menyelam pada jam 8 pagi pada Ahad dan sepatutnya muncul semula ke permukaan tujuh jam kemudian.
Kapal pelancong itu terputus komunikasi dengan kapal induknya kurang dua jam dalam perjalanannya untuk melihat bangkai kapal Titanic, terletak lebih 2 batu (hampir 4 kilometer) di bawah permukaan lautan Atlantik Utara.
Titan seberat 10,432 kilogram itu boleh mencapai kedalaman sehingga 4,000 meter dan mempunyai 96 jam sokongan oksigen untuk lima anak kapalnya. Sebaik berita kehilangannya disahkan, pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) dan Kanada bertungkus lumus untuk mengesannya.
Maklumat diperoleh, kapal selam itu membawa lima orang termasuk seorang bilionair hilang semasa menuju ke bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara.
Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya melancarkan pencarian di kawasan yang terletak 1,450 kilometer ke timur Cape Cod, Massachusetts. Pengawal Pantai Kanada turut kerah pesawat dan sebuah kapal ke zon pencarian.
21 Jun 2023
22 Jun 2023
23 Jun 2023Pengawal Pantai Amerika Syarikat umum semua 5 individu dalam kapal selam itu terbunuh. Pihak berkuasa melabelkan kejadian itu sebagai 'letupan bencana' laut dalam selepas kapal selam itu meletup dan serpihan ditemukan di dasar laut 500 meter dari bangkai Titanic.
Pengumuman itu tamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) multinasional sejak kapal pelancong kecil itu hilang di laut Atlantik Utara pada 20 Jun lalu.
Dunia dikejutkan dengan kehilangan pelancong Titan milik OceanGate yang menaiki kapal selam itu untuk melihat bangkai kapal Titanic yang karam pada tahun 1912.
Selepas lima hari pencarian, Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) sahkan kapal selam membawa lima penumpang itu meletup selepas serpihan kapal ditemukan. 20 Jun 2023 Kapal selam Titan mula menyelam pada jam 8 pagi pada Ahad dan sepatutnya muncul semula ke permukaan tujuh jam kemudian.
Kapal pelancong itu terputus komunikasi dengan kapal induknya kurang dua jam dalam perjalanannya untuk melihat bangkai kapal Titanic, terletak lebih 2 batu (hampir 4 kilometer) di bawah permukaan lautan Atlantik Utara.
Titan seberat 10,432 kilogram itu boleh mencapai kedalaman sehingga 4,000 meter dan mempunyai 96 jam sokongan oksigen untuk lima anak kapalnya. Sebaik berita kehilangannya disahkan, pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) dan Kanada bertungkus lumus untuk mengesannya.
Maklumat diperoleh, kapal selam itu membawa lima orang termasuk seorang bilionair hilang semasa menuju ke bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara.
Pengawal Pantai AS berkata, pihaknya melancarkan pencarian di kawasan yang terletak 1,450 kilometer ke timur Cape Cod, Massachusetts. Pengawal Pantai Kanada turut kerah pesawat dan sebuah kapal ke zon pencarian.
21 Jun 2023
Memasuki hari Rabu, mereka hanya mempunyai baki kira-kira 28 jam bekalan oksigen. Menurut pengawal pantai AS, sebuah pesawat Kanada kesan 'bunyi di bawah permukaan air' di kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic.
22 Jun 2023
Jangkaan kapal selam Titan mempunyai kadar oksigen mencukupi sehingga jam 7.08 pagi atau 7.08 malam waktu Malaysia.
Identiti 5 penumpang kapal selam itu ialah:
1. Stockton Rush (Pengasas, CEO OceanGate Expeditions, mengemudi kapal selam itu)
2. Hamish Harding (Ahli perniagaan, penjelajah dan bilionair Britain)
3. Paul-Henri Nargeolet (Pakar maritim Perancis yang melakukan lebih 35 selaman ke lokasi Titanic)

4. Shahzada Dawood (Ahli perniagaan berketurunan Britain-Pakistan)
5. Suleman (Anak kepada Shahzada)
23 Jun 2023
Pengumuman itu tamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) multinasional sejak kapal pelancong kecil itu hilang di laut Atlantik Utara pada 20 Jun lalu.
Tamat
Apa faedah bayar RM 1 juta lebih, pergi tengok titanic tu?kapal selam pun macam tak lulus puspakom!
ReplyDelete