7 Homestay Berbentuk Kontena Sekitar Malaysia Boleh Cuba Untuk Sensasi Penginapan Berbeza

Penginapan berbentuk kontena semakin lama semakin banyak dan dibina di banyak tempat
kerana sambutan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Rupa bentuknya yang unik tetapi selesa membuatkan permintaan untuk menginap di homestay kontena mendapat sambutan yang tinggi.

Jadi jom kita selongkar beberapa homestay kontena. Insha Allah senarai ini akan bertambah.

1. Homestay Kontena Melaka


Terletak di Bukit Katil, boleh menampung seramai 40 orang dalam satu masa.

Pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti
seperti mandi di kolam renang,barbeque (BBQ), sukaneka dan main game
kerana mempunyai kawasan lapang yang luas berserta gelanggang bola tampar





Alamat:
No 1052, Jalan Imam Kadir
Bukit Katil
75450 Melaka
Tempahan: 013-3627077

2. Sekinchan Padibox Homestay

Hotel ini menarik kerana terletak di kawasan yang unik iaitu di kawasan
sawah padi. Ia terletak di Sekinchan.





Pengunjung boleh bersantai sambil menikmati pemandangan
sawah padi yang luas mata memandang.

Jenis bilik yang ditawarkan ialah standard 2 pax room, standard 4 pax room
2 pax room with private balcony, family room for 6 pax,

Alamat
Lot 11126, Jalan Tali Air 4
45400 Sekinchan
Selangor Malaysia
emel: padiboxhomestay@gmail.com
Tel: 0193205688
Tempahan: http://padibox.com/our_rooms

3. Lumut Cube Homestay Kontena

Satu-satunya homestay kontena yang terletak di Melaka.
Terletak bersebelahan pengkalan TLDM Lumut,
tak jauh dari Teluk Batik dan Jeti Marina ke Pulau Pangkor.







Berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti Speedmart,
7 Eleven, farmasi, BBQ dan AEON Manjung.

Alamat:
Lumut Cube Homestay Kontena
Lot 4084 Jalan Padang Tembak
Kampung Padang Tembak
32200 Lumut Perak
Tel/ Whatsapp 0135905418

4. PPT Muar Container Hotel

Terletak di Muar Johor, orang-orang Negeri Sembilan, Melaka
dan Johor selatan bolehlah menginap di sini untuk bercuti.





Alamat
No 41-3 Jalan Bakri,
Muar
Tel: 06-9539999

5. D' Alai Homestay Kontena Melaka

Terletak di Alai, Melaka. Menyediakan kemudahan seperti kolam renang,
Harga yang ditawarkan untuk satu malam ialah RM100, set BBQ, dewan terbuka
dan wifi.




Alamat:
D' Alai Homestay Kontena
Lot 304-A
K.M 7.6
Jalan Alai/ Kandang
Kampung Alai
75460 Melaka
Malaysia

Tel: 0166479220

6. The Kabin, Jeram Kuala Selangor

Terletak di Jeram, Kuala Selangor. Lokasinya hampir dengan Pantai Remis
dan beberapa tarikan lain di Kuala Selangor.












Antara kemudahan yang disediakan, kolam renang, kafe, dewan seminar,
wifi percuma, ruang untuk barbeque, gelanggang serbaguna, playground,
basikal untuk pengunjung bersiar-siar di kawasan sekitar

Alamat
Lot 2984, Jalan Jati
Pantai Remis,
45800 Jeram
Selangor
emel: info@thekabin.com.my
Tel: 0179247800
03-32647800
Tempahan: http://thekabin.absbooking.com/

7. Pilah Kontenastay, Kuala Pilah

Terletak di Kampung Parit Kuala Pilah. Pengunjung dapat bercuti sambil
menikmati suasana kampung yang aman damai.













Jarak dari Seremban sejauh 33 KM dan 48 KM dari Pasir Panjang.
Antara kemudahan yang disediakan ialah wifi percuma, taman, tempat letak kereta

Alamat:
No 40, Batu 23 1/2 Kampung Parit
72000 Kuala Pilah
Malaysia
Tempahan: 012-2756862
Whatsapp: 011-58818185

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post