8 Bahan & Cara Lembutkan Daging Secara Turun Temurun Yang Diakui Berkesan

Banyak cara melembutkan daging tanpa menggunakan pressure cooker. Jadi jom kita selongkar petua amalan turun-temurun oleh mak-mak kita sehinggalah ke hari ini. Memang ramai yang masih melakukannya dan mengakui keberkesannya.


4 bahan yang boleh lembutkan daging secara kimia(selamat) dalam 20 minit: 

1. Air soda: bikarbonat melemahkan ikatan protein. 

2. Baking soda: mengandungi bikarbonat juga. 

3. Betik: enzim papain menguraikan ikatan protein. 

4. Nanas: enzim bromelain menguraikan ikatan protein.


4 Cara persediaan yang bantu melembutkan daging: 

1. Buang fascia, iaitu selaput putih pada daging. Ia liat. 

2. Potong rentas urat(serat) daging. Serat akan mudah lerai. 

3. Ketuk daging untuk memecahkan serat daging. 

4. Potong daging nipis² atau kecil² supaya mudah kunyah.


Banyak juga petua yang boleh anda cuba bila nak memasak daging nanti. Kalau anda memang mengamalkannya, jom kongsikan keberkesanannya.

Kredit : 
dr_chaku

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post