Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur | TV, Gadjet dan seumpamanya adalah 'pengasuh' sementara anak-anak zaman sekarang ni.
Hendak bagi anak tengok video, YouTube gadjet dan seumpamanya dengan kawalan masa dan jenis video yang ditonton.
Tapi sebenarnya, ada masa yang perlu ibu bapa hadkan kepada anak-anak untuk menonton video atau gadjet mengikut umur mereka.
Had Screen-Time Untuk Anak-Anak Mengikut Umur
1. < 18 bulan
Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali sekala video-chatting dengan keluarga
2. 18-24 bulan
30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada mak ayah
3. 2-5 tahun
1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah
4. Kanak-kanak di atas usia 6 tahun
Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka
Sekian, Semoga bermanfaat.