7 Cara Mudah Send Message Di Whatsapp Tanpa Perlu Save Nombor Telefon

Kebiasaanya sekarang, kalau kita perlu hantar mesej melalui Whatsapp, anda perlu save nombor telefon mereka. Kemudian, barulah anda boleh hantar mesej yang perlu kepada mereka.

Sekarang ni, kalau ada keperluan untuk hantar mesej Whatsapp, anda tidak perlu lagi untuk save nombor telefon tersebut. Sebaliknya hanya perlu ikuti cara ini untuk anda hantar mesej Whatsapp tersebut.
 

Cara nak mesej seseorang di Whatsapp tanpa perlu simpan nombornya, jom kita selongkar

1. New Chat
Caranya adalah :
Klik 'new chat'
Klik 'logo kanta' dan taip nombor telefon pada 'search bar'
Klik ikon 'chat' dan mesej seperti biasa.



2. Gunakan wasap.my
Cara ini nampak lebih mudah. Anda perlu taip beberapa perkataan diiringi dengan nombor telefon mereka yang ingin hubungi. Ikuti caranya dibawah:
Langkah 1 : Anda taip sahaja di Google wasap.my/6<no telefon> dan tekan enter
Contoh : kalau no telefon tersebut 019123467, anda taip dan jangan lupa tambah 6 iaitu :
wasap.my/60191234567
Langkah 2 : Anda akan dibawa terus ke pautan Whatsapp. Anda tekan Continue To Chat
Langkah 3 : Barulah anda boleh mula hantar mesej ke pemilik nombor telefon tersebut. Boleh terus chat menggunakan Whatsapp

3. Copy Paste & Send Message
Bole copy no telefon yang hendak di Whatsapp dan paste dan send to ‘me’ message. (pada diri sendiri) And click no tersebut. Nanti akan pop up chat terus

4. Chat Direct
Boleh jg guna app 'Chat Direct' jer. kena letak no kod negara kat depan no fon, lepastu chat jer, nanti dia auto direct kat chat whatsapps. 



5. Guna Website Easy Message
Pergi ke website : https://easymessage.app/  
Masukkan nombor telefon yang kita nak WhatsApp tu (boleh copy and paste je)
Click start and chat WhatsApp
* Jika gunakan PC, click continue to chat dan pilih use WhatsApp Web
* Jika menggunakan handphone, akan direct terus ke aplikasi WhatsApp


6. Guna Website just-type
Caranya, anda pergi ke pautan ini just-type.com kemudian masukkan no telefon yang anda ingin hubungi di ruang disediakan dah klik Start Chat. Kemudian, anda akan dibawa terus ke laman chat Whatsapp orang tersebut.




7. Chat Automatik Dengan Mesej Personal
Cara ini kebiasaanya digunakan bagi peniaga atau sesiapa yang dihubungi tanpa perlu save nombor telefon mereka. Anda perlu klik link sahaja dan terus dibawa ke Whatsapp penjual tersebut.

Langkah 1 : Pergi ke system.wasap.my/home


Langkah 2 : Anda perlu daftar akaun wasap.my terlebih dahulu pada bahagian Create An Account. Kemudian verification link akan dihantar di emel anda (jika tiada, lihat bahagian SPAM) dan klik link tersebut
Langkah 3 : Jika selesai verify. Log in akaun anda semula
Langkah 4 : Klik add link
Langkah 5 : Penuhi segala tempat kosong dengan maklumat anda dan jika selesai, klik Submit.

Link - Masukkan perkataan yang anda mahu (wasap.my/hubungisaya)
Phone - Masukkan nombor telefon anda bersama nombor +6
Pre-filled Text - Pada bahagian ini akan terpapar bila ianya dibuka di dalam Whatsapp

Langkah 6 : Sudah selesai. Anda boleh kongsikan link Whatsapp anda tersebut dimana-mana yang anda suka. Seperti di facebook, twitter atau instagram supaya lebih ramai akan hubungi anda.



Sekian Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post