15 Ucapan Pantun Sempena Tahun Baru Hijrah & Awal Muharram 1445H (2023)

Tarikh Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023


Kalendar Islam pastinya berbeza tempohnya berbandin Kalendar Masihi yang biasa digunakan seluruh dunia termasuk Malaysia. Kalendar Islam berpandukan revolusi bulan, manakala Kalendar Masihi adalah berdasarkan pengiraan.


Untuk tahun baru ini dengan tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani', Kalendar Islam telah memasuki tahun 1445H. Jadi di Malaysia, 1 Muharram 1445H adalah jatuh pada 19 Julai 2023 (Rabu). Ianya juga menandakan awal muharram dan sudah memasuki tahun baru.

Senarai Contoh Pantun Tahun Baru Hijrah Dan Awal Muharram 1445H Bersamaan Tahun 2023


Berikut merupakan antara contoh pantun-pantun yang menarik anda boleh gunakan sempena Tahun Baru Hijrah dan awal Muharram pada kali ini iaitu bersamaan 1445H/2023.

1) Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan
 
2. Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

3. Berhati-hati menunggang kanggaru,
Kalau terjatuh luka berdarah,
Selamat menyambut tahun baru,
Mari berhijrah di Maal Hijrah. 

4. Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H
Tekun mencabut kayu gaharu,
Elak geruh daripada benih,
Selamat menyambut tahun baharu,
Buang yang keruh ambil yang jernih.

5.  Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah 1445H
Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Poko Sena,
Awal Muharram telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.

6. Pantun Awal Muharram 1445H
Roti sedap tertinggal seredak,
Kerana dicicah dengan kari,
Azam yang lepas tercapai tidak?
Yang tahu hanya diri sendiri. 

7. Mendayung sampan hingga ke kuala,
Jangan lewat bila pulangnya,
Allah dan Rasul tujuan utama,
Moga hijrah lebih bermakna.

8. Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Maal Hijrah titik permulaan,
Mari kenang kembali penghijrahan Nabi.

9. Perkara yang baik jadi amalan,
Ajaran Islam penuh kesempurnaan,
Jagalah aurat jagalah iman,
Semoga Maal Hijrah membawa perubahan.

10. Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

11. Tepung yang baik kerana ragi,
Suhu keliling juga penentu,
Tahun Baru Hijrah datang lagi,
Sikap yang lepas masih terbuntu.

12. Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Salam Maal Hijrah untukmu kawan,
Semoga istiqamah membaiki diri.

13. Pantun Awal Muharram 1445H
Solat lima waktu amalan kita,
Menjaga aurat jangan dilupa,
Maal Hijrah penuh bermakna,
Membawa perubahan kepada semua.

14.Pantun Awal Muharram 1445H
Jauhkan diri dari Riba,
Doakan rezeki semakin mencurah,
Awal Muharram kini tiba,
Tahun baru kalendar Hijrah.

15. Pantun Awal Muharram 1445H
Salam Maal Hijrah bua semua,
Semoga ia membawa perubahan,
Tegur-menegur sesama kita,

Mana yang salah moga dibetulkan.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post