25 Koleksi Ayat Ucapan & Pantun Sempena Awal Muharran Maal Hijrah 1445H (2023)

Senarai Contoh Ucapan Awal Muharram Dan Maal Hijrah 1445H Bersamaan Tahun 2023

Berikut merupakan antara contoh ucapan Tahun Baru Hijrah dan Awal Muharram serta pantun daripada pelbagai sumber yang anda boleh gunakan untuk kongsi bersama rakan dan keluarga sebagai ucapan langsung atau boleh juga share di media sosial.



Biasa kita sambut New Year dengan meriah, apa salahnya kita sambut juga meriahkan keadaan untuk sambutan Tahun Baru Hjirah ini juga kan. Kongsikan ucapan-ucapan yang positif dan mengembirakan.

Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445H

1. Awal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk membuka 'buku baru' dan memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya. Salam Maal Hijrah 1445H 



 
2. Selamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah.
Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.

3. Awali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik.
Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1445 Hijrah.
 
4. Jiwa akan sepi tanpa teman, hati akan mati tanpa iman. Hari ini adalah kenyataan, semalam adalah kenangan, esok adalah impian. Jadi sucikan hati, jernihkan fikiran. Sambutlah Maal Hijrah dengan keazaman baru.
Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam.

5. Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat memasuki fasa baru hijrah iaitu tahun baru 1445H. Selamat Tahun Baru Islam.

Dengan kedatangan tahun baru hijrah ini juga marilah sama-sama kita merapatkan saf dan berazam berhijrah ke arah yang lebih baik tahun ini. Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam.
 
6. Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
SALAM MAAL HIJRAH 1445H

7. Bersempena dengan peristiwa Hijrah, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1445H dan marilah kita bersama-sama meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, InsyaAllah.  

8. Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam.

9. Harapan kita, semoga tahun baru Hijrah ini kita akan memiliki visi dan misi baru, hidup baru, penghijrahan baru yang akan lebih baik daripada penghijrahan sebelumnya. 
Salam Maal Hijrah 1445H.



10. Salam Ma’al Hijrah 1445H
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah keadaan mereka”
(Surah al-Ra’d ayat 11)

11. Hijrah dituntut ke atas setiap umat Islam. Untuk berubah, setiap kita perlu melakukan penghijrahan. Manakala hijrah dan perubahan menuntut pengorbanan.
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1445H

12. Kini tiba bulan Muharram 1445H. Semoga dapat menyinari hidup kita dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu
Salam Maal Hijrah 1445H dan Selamat Tahun Baru Islam
 
Ucapan Bahasa Inggeris Happy Islamic New Year 1445H

13) Happy Islamic New Year. May Allah guide you to the path of success and achievements in this new year.


14) Happy New Islamic Year 1 Muharram 1445H. May Allah SWT brings many opportunities to the way you explore every joy of your life and make all of your resolutions come true.

15) Islamic New Year 1445H is perfect time to turn your dream into reality and all your efforts into great achievements.

16) With the arrival of the Hijri 1445H, I pray for you and your family to have a fortunate year ahead! Happy Muharram to you all!

17) May Allah give you the strength to live justly and Keep you safe from all evil forces. Wish you and your family Hijri New Year.

18) Happy Hijri New Year! May the beginning of the Islamic New Year brings you more opportunities to prosper and progress!

Pantun Selamat Tahun Baru Hijrah Awal Muharram 1445H

19. Dari Mekah ke Kota Madinah,
Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan

20. Tekun mencabut kayu gaharu,
Elak geruh daripada benih,
Selamat menyambut tahun baharu,
Buang yang keruh ambil yang jernih.

21. Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.



 
22. Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Maal Hijrah titik permulaan,
Mari kenang kembali penghijrahan Nabi.

23. Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

24. Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Salam Maal Hijrah untukmu kawan,
Semoga istiqamah membaiki diri.

25. Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Poko Sena,
Awal Muharram telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.
 
26. Mendayung sampan hingga ke kuala,
Jangan lewat bila pulangnya,
Allah dan Rasul tujuan utama,
Moga hijrah lebih bermakna.
 

Sekian Salam Maal Hijrah 1445H kepada semua pembaca Selongkar10. Semoga tahun baru ini menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post