Imbasan Berita Hari Ini Dalam Sejarah Sepanjang Tahun 2022

2022 sudah melabuhkan tirainya, menjadi tahun penuh peristiwa bagi rakyat Malaysia.
 
Antara peristiwa yang meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan 

Najib Razak Dipenjara
Sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


Rosmah Didapati bersalah 3 Tuduhan Rasuah
Datin Seri Rosmah Mansor dihukum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta oleh Mahkamah Tinggi. Isteri bekas Perdana Menteri itu dikenakan hukuman berkenaan selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Skandal 6 Billion Kapal Tempur Persisir Malaysia
Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022, sepatutnya lima buah kapal LCS disiap dan diserahkan.

Kes Dera Bella 
Satu peristiwa yang menghayat hati dan membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia adalah pembongkaran kes penderaan anak istimewa yang dikenali sebagai Bella pada Julai 2021. Pengasas rumah Bonda Siti Bainun diarah bela diri berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

Lelaki meraung isteri maut dalam kereta terbakar
Seorang lelaki kelihatan meraung selepas isterinya dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang sedang terbakar. Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 45, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor.


PH Menang Pilihanraya Umum
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim (C) bersama Setiausaha Agung DAP Anthony Loke (B) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu meraikannya selepas memenangi kerusi parlimen tertinggi iaitu 82 pada pilihan raya umum ke-15 di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor pada 19 November 2022.

Anwar Ibrahim PM Ke-10
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim melambai kepada ahli media ketika tiba untuk istiadat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 di Istana Negara di Kuala Lumpur pada 24 November 2022.



Trajedi Tanah Runtuh Ladang Organik Batang Kali

Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Ladang Organik Bapa di Batang Kali, berhampiran Genting Highlands pada 19 Disember 2022.Tragedi pada kira-kira 2.30 pagi itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 lagi terkorban, susulan tanah runtuh sehingga menimbus kawasan perkhemahan. Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 orang dewasa dan 13 kanak-kanak.




Banjir Besar Di Baling, Kedah
4 Julai 2022, Tarikh yang tidak mungkin akan dilupakan penduduk Baling. Tiada siapa menduga hujan lebat yang berterusan selama 3 jam pada belah 4 petang bertukar trajedi banjir besar hanya dalam sekelip mata.

Buat pertama sekali dalam sejarah, Baling dilanda bencana dahsyat menyebabkan pekannya lumpuh secara keseluruhan. 


Peperangan Ukraine - Russia
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine, menyifatkan ia sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ dan bukan bertujuan menduduki negara itu.

Rempuhan di Itaewon
Pada 29 Oktober 2022, sebuah rempuhan orang ramai berlaku semasa perayaan Halloween di Itaewon, Seoul, Korea Selatan. Sekurang-kurangnya 156 orang maut dan lebih 170 orang pula cedera. Bencana ini ialah tragedi pascaperang paling maut di Korea Selatan sejak pengaraman MV Sewol pada 2014 yang mengorbankan lebih 300 orang.


Rempuhan Stadium Kanjuruhan
Perlawanan pada Oktober 2022 di Malang, Jawa Timur, antara Arema FC dan Persebaya Surabaya berakhir dengan kekecohan dengan 135 penonton terbunuh, ramai yang dipijak ketika melarikan diri untuk keluar selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.


Banjir Buruk Di Pakistan
Sekurang-kurangnya 57 orang maut, manakala 7,683 lagi cedera akibat banjir kilat di Pakistan yang dicetuskan hujan monsun dalam tempoh 24 jam lalu, menurut laporan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA). 


Ratu Elizabeth II Mangkat pada usia 96 tahun. 
Putera Sulung Baginda Petera Charles menaiki takhta sebagai raja.



Bekas PM Jepun Shinzo Abe meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia hari ini akibat cedera parah selepas ditembak individu tidak dikenali dalam satu insiden.


Piala Dunia 2022
Kemenangan Argentina dalam Piala Dunia 2022 mengalahkan perancis. Argentina menewaskan juara bertahan Perancis 4-2 menerusi sepakan penalti selepas saingan akhir terikat 3-3 berikutan masa tambahan di Stadium Lusail. Emiliano Martinez berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Perancis Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni. 

Ia merupakan kemenangan ketiga buat Argentina sekali gus mengakhiri kemarau 36 tahun pasukan La Albiceleste untuk bergelar juara dunia.



Mayat Akstress Thailand Tangmo Nida Dijumpai Di Sungai
BANGKOK: Mayat pelakon Thailand, Tangmo Nida, 38, akhirnya dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan. Mayat Nida ditemui terapung di sungai kira-kira 300 meter dari Jeti Pibulsongkram, Nonthaburi, Bangkok, satu kilometer dari tempat mendiang terjatuh.

 


Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post