Koleksi Barangan Edisi Terhad BLACKPINK + STARBUCKS Khas Buat Peminat

Kerjasama yang dinanti-nantikan untuk rantau Asia Pasifik itu akan mengeluarkan serangkai tawaran menarik daripada minuman Frappuccino yang ikonik sehinggalah barangan edisi terhad yang diinspirasikan oleh gaya BLACKPINK yang ceria dan berani.



Musim panas ini, Starbucks akan berkolaborasi dengan Kumpulan Gadis K-pop BLACKPINK untuk melancarkan pengalaman baharu yang akan mengujakan BLINK di seluruh rantau Asia Pasifik. Mulai 25 Julai untuk masa yang terhad, kerjasama eksklusif buat pertama kali di Asia Pasifik akan memperkenalkan Frappuccino bertemakan BLACKPINK baharu yang ikonik, bersama-sama dengan koleksi edisi terhad barangan minuman dan gaya hidup yang bergaya, di kedai Starbucks terpilih berdekatan anda.

Peminat akan digemparkand dengan koleksi merah jambu oleh koleksi BLACKPINK + STARBUCKS® , barisan epik 11 jenis peralatan minuman dan 6 aksesori gaya hidup yang menampilkan palet warna merah jambu dan hitam yang berbeza serta motif grafiti funky.  





Pelanggan boleh memilih daripada rangkaian ikonik cawan, mug dan gelas Starbucks yang boleh diguna semula dalam warna BLACKPINK, dihiasi dengan lukisan yang fun atau bertatahkan rhinestones menarik yang menambahkan kilauan setiap hari. 
 




Kerjasama edisi terhad itu akan tersedia mulai 25 Julai di kedai Starbucks terpilih di seluruh Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam, sementara bekalan masih ada.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post