15 Masjid Cantik Yang Tersergam Indah Di Malaysia

Masjid adalah tempat umat Islam boleh bersolat, menyebarkan ilmu Islam yang sebenar-benarnya, dan kadang-kadang tempat untuk dijalankan majlis nikah dan lain-lain.


Jom kita selongkar antara rekaan masjid tercantik di Malaysia

Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru



Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Masjid ini terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Ia diberi nama Masjid Kristal kerana ianya diperbuat dari besi, kaca, dan kristal.


Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah

Masjid cantik ini siap dibina pada tahun 2001. Suasana di sekitar masjid sungguh tenang dan dihiasi dengan pokok-pokok kurma.



Masjid Putra, Putrajaya
Masjid Putra merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia ke-4 & ke-7, Tun Mahathir Mohamad. Ia dinamakan Masjid Putra sempena mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Alharhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



Masjid Razaleigh, Kelantan

Terletak di Kota Bharu, masjid ini menjadi tarikan orang ramai kerana reka bentuk yang mirip seperti Masjidil Haram. Sebuah replika Kaabah turut diletakkan di bahagian tengah masjid.



Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Masjid negeri Selangor, Malaysia, adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ia terletak di Shah Alam dan merupakan masjid terbesar di negara ini dan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara dari segi kapasiti. Kubah biru dan peraknya yang besar menjadikannya paling menonjol.


Masjid Selat Melaka


Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Masjid cantik di Negeri Sembilan sudah tentunya Masjid Sri Sendayan. Seni bina masjid ini menjadi tarikan ramai dan mendapat gelaran seperti Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.



Masjid Wilayah, Kuala Lumpur

Salah seorang pengunjung mengulas betapa indah dan uniknya struktur dan kapasiti seni bina Masjid Wilayah Persekutuan (Masjid Wilayah Persekutuan). Ia juga sangat disarankan untuk solat dan juga bertujuan jadi tempat bagi tarikan atau lawatan pelancong.



Masjid Kampung Baru/Masjid Tunku Azizah Iskandar, Bentong, Pahang

Masjid Kampung Baru, Bentong kini dikenali dengan nama Masjid Tunku Azizah Iskandar. Reka bentuk masjid ini diinsprasikan daripada cengkerang siput laut untuk menarik minat generasi muda datang ke masjid.



Masjid Damansara Perdana, Selangor
Masjid ini baru siap dibina pada tahun 2023 dan memiliki reka bentuk yang sangat luar biasa. Berkonsepkan glass door, memang sangat memukau!



Masjid Sultan Abu Bakar, Johor

Berusia lebih 100 tahun, Masjid Sultan Abu Bakar terletak di atas sebuah bukit di Johor Bahru yang memperlihatkan Selat Tebrau dan Singapura. Pembinaan masjid ini telah bermula pada tahun 1892 dan telah membuka pintunya secara rasami pada tahun 1900. Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim, telah memberi nama masjid ini sempena dengan ayahanda baginda iaitu Sultan Sir Abu Bakar Daeng Ibrahim. Masjid negeri ini mampu memuatkan seramai 3,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

 

Masjid Diraja Ubudiah, Perak
Masjid ini terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar di utara negeri Perak dan dikatakan sebagai salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia. Masjid ini telah dibuka pada tahun 1917 oleh Sultan Abdul Jalil iaitu Sultan Perak pada ketika itu dan bahan pembinaan masjid ini pula dibuat daripada batu marmar buatan Itali dan Inggeris. Mengikut bacaan sejarah, masjid ini terbina sebagai sebuah nazar Sultan Perak pada ketika itu sekiranya baginda pulih selepas gering (sakit).


Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak

Masjid yang terletak di Ipoh ini sudah tentunya menjadi tarikan pelancong Islam dan juga bukan Islam.

Ini kerana reka bentuk masjid berasaskan identiti bangunan tradisi Cina seperti penggunaan warna merah, tulisan Cina pada mimbar, penanaman pokok buluh dan lain-lain.




Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah

Bak kata pepatah, “Lama adalah emas.” Tidak dinafikan, masjid ini antara yang tersergam indah di Malaysia. Masjid yang menakjubkan di pusat bandar ini dibina pada tahun 1912 dan masih ada sehingga hari ini. Selain itu, tarikan utama Alor Setar ialah penampilan tradisionalnya. Gaya seni bina Islam dan Indo-Saracenic ini dicipta oleh seorang arkitek bernama Charles Geoffrey Boutcher.




Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Masjid yang terletak di persisiran pantai Likas di Kota Kinabalu ini merupakan pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Mampu memuatkan seramai 12,000 orang jemaah, ia hanya dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2000. Walaupun projek pembinaan masjid ini telah bermula pada tahun 1989, masalah kewangan dan penimbusan tanah pantai menjadi antara kekangan yang perlu dilalui. Susulan pengiktirafan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya, masjid ini dibuka secara rasminya.



Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang




Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post