Perbezaan Antara Resume / CV / Portfolio Untuk Apply Kerja!

Anda pasti pernah terfikir apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon sesuatu kerja? Adakah Curriculum Vitae (CV) atau resume? Dan apakah perbezaan antara CV dan resume?

 

Artikel ini bertujuan untuk memberi penjelasan kepada anda mengenai perbezaan CV dan resume serta dokumen-dokumen yang sesuai untuk permohonan kerja di Malaysia.
Apa beza Resume - CV - Portfolio?

Resume

Resume bertujuan untuk menerangkan secara ringkas mengenai tahap pendidikan, pengalaman kerja, kelayakan, kemahiran dan pencapaian seseorang individu. Resume merupakan dokumen yang biasa digunakan dalam proses permohonan kerja. Kebiasaannya, resume merangkumi 1 atau 2 muka surat sahaja. Terdapat tiga jenis resume, iaitu chronological, functional, dan combination formats. Jenis resume perlu dipilih mengikut kesesuaian pekerjaan yang dimohon.

• 1 - 2 muka surat
• Info lebih ringkas
• Hanya letak pengalaman dan skills yang relevan
• Achievements ditekankan
• Lebih famous di Malaysia


Curriculum vitae (CV)

Curriculum vitae (CV) bertujuan untuk menerangkan pengalaman dan kemahiran seseorang individu dengan lebih terperinci. Kebiasaannya, CV merangkumi 2 atau 3 muka surat. Antara aspek yang perlu ditekankan dalam CV ialah nama, maklumat untuk dihubungi (contoh: emel, no. telefon), latar belakang pendidikan, kemahiran, dan pengalaman. Selain itu, CV perlu menyenaraikan pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan, dan pengajaran, kelayakan profesional dan anugerah serta maklumat yang berkaitan.

• Infomasi seperti pendidikan, pengalaman kerja, skilla yang lebih detail
• Tak ada limit muka surat
• Tulis semua pengalaman kerja mengikut reverse chronology
• Biasa digunakan untuk mohon kerja perubatan, research dan teknikal
• CV biasanya hanya diberi jika diminta


Portfolio: 
• Berisi bukti pengalaman dan achievements yang relevan 
• Berisi hasil-hasil kerja 
• Berisi testimoni 
• Isi mesti relevan dengan jawatan yang dimohon 
• Tak semua pengalaman kerja harus dimasukkan, yang relevan sahaja

Terdapat beberapa perbezaan utama, seperti jumlah muka surat, kandungan dan kegunaannya. Namun, kedua-duanya adalah bertujuan untuk memohon pekerjaan.

Kalau rasa maklumat ni berharga, jangan bookmark je tapi repost la juga okay. Biar dapat bantu orang lain juga.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post