Resipi Cucur Udang Garing Diluar Lembut Di Dalam Untuk Makan Petang

RESEPI CUCUR UDANG - tanpa yis/ soda bikarbonat

Jom cuba resepi cucur udang tanpa yis ini. Buat sendiri baru puas hati berbanding beli kerana kadang-kadang cucur tersebut tidak menepati citarasa. Ada yang lembik malah serap minyak.
   


Biasanya letak tauge dan sedikit mauripan untuk lembutkan.. ada juga yang letak soda bikarbonat atau lebihan nasi putih untuk bagi lembut.  

Rupanya ada petua supaya cucur udang tidak terlalu menyerap minyak. Barulah mulut tak jadi berminyak, makan banyak pun tak muak. Jom cuba buat nanti!

Bahan-bahan:
* 500gm tepung gandum
* 250gm taugeh
* 150gm daun bawang - dipotong kecil
* 150gm bawang besar - dihiris
* 1 sudu teh garam
* 1/2 sudu teh serbuk kunyit
* 2 biji telur
* Udang - dibuang kulit
* Lobak merah - optional
* Cili merah - optional

Cara-Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati
2. Biarkan sebentar selama 30 minit sebelum menggoreng

Nota:

1. Goreng dengan api perlahan supaya garing di luar dan lembut di dalam, boleh tambahkanlan sesudu marjerin untuk lebih rangup.

Petua supaya cucur tidak serap banyak minyak:
Mula menggoreng apabila minyak sederhana panas kerana untuk mengelakkan adunan menyerap minyak terlalu banyak.
Jika minyak tidak cukup panas, adunan tepung akan serap banyak minyak.
Jika minyak terlalu panas pula akan menyebabkan bahagian tepi cucur hangus.


Kredit: Aezach AR

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post