Checklist Persediaan Dokumen Peribadi Sebelum Meninggal Dunia Untuk Memudahkan Pewaris

Cetak gambar di bawah dan letakkan pada muka depan Fail Faraid Peribadi / Fail Pewarisan Individu anda.

Kemudian masukkan gambar anda di tengah tu, sebagai peringatan mengingati mati.


Salam Takziah  

Apa kandungan didalam fail? 
Contoh kandungan didalam fail ialah seperti berikut: 

- Salinan kad pengenalan isteri ibu bapa & anak-anak 
- Salinan surat nikah isteri-isteri 
- Salinan sijil lahir anak-anak 
- Salinan sijil mati ibu ayah
- Salinan sijil mati mertua (senang nak proses kalau isteri anda meninggal lebih awal dari anda) 
- Polisi asal takaful 
- Maklumat tentang Akaun Bank, Akaun Tabung Haji, Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Akaun Amanah Saham Bumiputera, Akaun Saham Bursa dan lain-lain.
- Maklumat tentang E-Dompet 
- maklumat tentang Wang Kripto 
- Wang kertas lama - Geran kereta 
- Geran rumah - Sijil pemberitahuan hak cipta 
- Maklumat tentang hutang 

Satu sahaja yang belum ada iaitu sijil mati saya.
Semakin hari, kita semakin dekat dengan ajal. 
Semoga kita sempat bersedia.

Sumber: Ahmad Termizi bin Abdullah

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post