Korang tahu tak actually kita boleh buat report police secara online!
Ye weh online je, tapi untuk kes hilang document or barang barang yang tak berkait dengan jenayah je la
Ni antara jenis kes macam mana yang boleh buat report online:
- IC hilang/tercicir- lesen memandu hilang/tercicir
- kad kredit/ATM hilang/tercicir
- phone hilang
- laptop hilang
- cukai jalan hilang
- pembantu rumah lari : tujuan untuk permohonan pembatalan permit pembantu rumah je
- kehilangan, kerosakan peralatan or dokumen sebab bencana alam
Yelah, nampak je remeh tapi benda ni memudahkan sebenarnya..
1) Click link ni - https://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx
2) Register & log in
3) Then, check details korang
4) Masukkan details kejadian & letak sekali explanation
5) Send report tu & korang boleh print & dapatkan salinan through email
6) Then bawak report polis tu ke agensi yang berkaitan.
Serious benda ni memudahkan kita, takpayah nak apply cuti nak g balai bagai, tapi korang jangan la menipu pulok yee
Kredit : itsmemeera_