Free 16 September Ini? Jom Meriahkan Keretapi Sarong 2023 - Lokasi, Lagu, Tema & Aktiviti Menarik

KERETAPI SARONG is BACK!!!

Jom korang Sabtu ni, kita beramai-ramai pakai SARONG naik kereta api sempena HARI MALAYSIA! Ada geng, takde geng jangan risau..Kita semua GENG SARONG!




KERETAPI SARONG
 
Program Keretapi Sarong merupakan program 'flash mob' atau persembahan kilat berkumpulan di mana orang ramai berkumpul dan bersama-sama meraikan Hari Malaysia dengan menggunakan rangkaian perkhidmatan kereta api awam seperti Prasarana, MRT, KTM, ERL serta MAB dan melalui satu set laluan terpilih sambil mengenakan pakaian Sarong bertemakan 'etnik'.

Pemilihan Sarong sebagai tema kempen kerana budaya pemakaian kain sarung merupakan warisan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Program KS2023 yang dimulakan sekitar 2012 dianjurkan oleh komuniti Random Alphabet melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kemudian acara ini dipromosikan oleh LOCCO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak tahun 2017.
 
Penganjuran program pada tahun ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid KL, Air Asia, Bulan Bintang dan Mr D.I.Y.

KERETAPI SARONG 2023
Pada tahun ini LOCCO akan berkolaborasi bersama Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor bagi menjayakan Keretapi Sarong 2023 dan Wonda Coffee sebagai penaja utama.

Acara Keretapi Sarong 2023 bakal melibatkan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award dan KL Sketch Nation.

Tarikh : 16 September 2023
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dataran Merdeka & Stesen terpilih

LOKASI KERETAPI SARONG 2023

LOCCO telah mengumumkan lokasi rahsia untuk acara tahunan itu adalah di tempat paling ikonik dan bersejarah di negara ini, iaitu Dataran Merdeka!

Secara tidak lansung rakyat Malaysia dan juga bersama pelancong luar negara dapat merasai pengalaman perjalanan kereta api mereka dalam suasana flash mob serta menikmati pemandangan kota di sekitar Lembah Klang.

Acara Keretapi Sarong 2023 ini akan menjadi saat bersejarah rakyat Malaysia yang berkumpul di Dataran Merdeka selepas perjalanan kereta api berlepas dari stesen-stesen terpilih.





KUALA LUMPUR
Sambutan unik dengan persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa itu akan diadakan di pelbagai bandar dan stesen antaranya :
Putrajaya Sentral (KLIA Transit)
Subang Jaya (LRT)
Bandar Utama (MRT)
Ampang (LRT)
Gombak (LRT)
Kajang (MRT)
KL Sentral (LRT)



Antara playlist keretapi sarong 23 
Jom nyanyi sama sama dalam keretapi?
Hafal lagu-lagu ni nanti kita singalong dalam train okay.

Standing In The Eyes Of The World - Ella
Anak Malaysia
Sejahtera Malaysia
Rasa Sayang
Barisan Kita
Setia
Bujang Lapok
Gemuruh
Chan Mali Chan
 
 


AKTIVITI KERETAPI SARONG 2023
Pengisian:Seni@Train
Peragaan Busana / Fesyen sarong
Pertandingan (Best Dress, Best Photo, Best Video)
Pameran dan Demonstrasi
Jualan Produk/ Food Truck
Persembahan kesenian
Joget Lambak / nyanyian beramai-ramai / berbalas pantun (sewaktu berjalan kaki ke lokasi terakhir)



Acara Best Dress Contest


Hadiah
Dah ready outfit #KeretapiSarong23 ?
Make sure to dress your best untuk menang hadiah flight tickets from @flyairasia and baju @bulanbintanghq favourite korang 


Jangan lupa pakaian etnik dan bersarong esok!!

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post