Koleksi Ucapan Pantun 4 Kerat Sempena Hari Malaysia 2023

Selamat Hari Malaysia 2023 negaraku Malaysia. Tahun ini kita meraikan Hari Malaysia yang ke-60 yang disambut sejak tahun 1963. Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2023 akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan".



Setiap rakyat Malaysia akan mendedikasikan ucapan Selamat menyambut Hari Malaysia 2023 sebagai caption di halaman media sosial facebook, Twitter, Instagram, Threads, TikTok dan juga WhatsApp.

Koleksi Pantun Hari Malaysia 2023 Yang Menarik

1. Walau di mana kita berada,
Bumi dipijak langit dijunjung,
Malaysia mekar gemilang persada,
Maruah negara tetap disanjung.
 
2. Singgah di dahan si burung Belatuk,
Dahan yang kuat lagi kukuh,
16 September Malaysia dibentuk,
Berbilang bangsa kekal Utuh.

3. Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua.

4. Lima prinsip Rukun Negara,
Lagu Negaraku jangan dilupa,
Sebagai seorang rakyat Malaysia,
Janganlah kita mengabaikannya.

5. Rukun Negara di amal sentiasa,
Tonggak pegangan jiwa rakyatnya,
Hari Malaysia diraikan kita,
Semoga Malaysia sejahtera selamanya.

6. 16 September Hari Malaysia,
Disambut penuh dengan keriangan,
Rakyat Malaysia amalkan perpaduan,
Ayuhlah kita teruskan perjuangan


7. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,
Simbol perpaduan kita semua,
Bersatu hati mencapai wawasan,
Maruah negara kita pelihara.

8. Merah putih kuning dan biru,
Jalur Gemilang tanah airku,
Berkibar megah di segenap penjuru
Lambang perpaduan bersatu padu,


9. Dari Perlis hingga ke Sabah,
Negara makmur rakyat mewah,
Nama Malaysia berdiri megah,
Terus gemilang bumi bertuah.


10. Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Hidup bersatu aman sentosa,
Ayuh kita rakyat Malaysia,
Bersatu hati jiwa bangsa.


Sempena Hari Malaysia 2023, marilah kita melafazkan kesyukuran dan bertekad untuk terus membangunkan negara kita yang tercinta ini demi sebuah kemakmuran dan keharmonian untuk generasi kini dan akan datang.
Kerana sesungguhnya tanahair ini adalah milik kita bersama 
Selamat Hari Malaysia 2023
#MalaysiaMadani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

sumber : theinspirasi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post