Lokasi, Syarat & Cara Menyertai Ujibakat HeroDewi Remaja 2023

Buat julung kalinya, program Pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja akan digabungkan dalam satu program yang dikenali dengan HeroDewi Remaja  yang berpotensi pada waktu yang sama. 


Jika sebelum ini kita dapat lihat Hero Remaja bagi versi lelaki & Dewi Remaja untuk versi wanita berjalan dalam suatu masa dan berselang seli penganjurannya. 

Tetapi dengan gabungan HeroDewi Remaja ini, kita bakal dapat saksikan satu program tetapi akan ada dua pemenang yang bakal dinobatkan pada akhirnya. Siapakah bakal bergelar Hero dan Dewi Remaja seterusnya selepas ini?

Kedua-dua pertandingan ini dibuat khusus untuk remaja di Malaysia yang telah pun dianjurkan oleh Media Karangkraf Sdn. Bhd. (kini menerusi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.) iaitu sejak 1985 iaitu edisi pertama Dewi Remaja dan 1990 untuk edisi pertama Hero Remaja.

Hero Remaja dan Dewi Remaja menjadi platform kepada golongan remaja untuk mengukuhkan kedudukan sebagai bakat baru terutamanya dalam industri seni dan menjadi contoh yang memberikan inspirasi positif kepada masyarakat secara amnya.



Mungkin anda selepas bakal juara Hero Remaja seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Fattah Amin, Kamal Adli atau Zed Zaidi. Jika Dewi Remaja anda bakal sama seperti Shaza Bae, Neelofa, Scha Al-Yahya, Juliana Banos dan ramai lagi

Cara Sertai Uji Bakar Pencarian HeroDewi Remaja 2023


Jadi sekiranya, anda berminat untuk menjadi pemenang untuk program tersebut, anda kini boleh sertai pencarian peserta menerusi audition atau uji bakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 yang bakal dilangsungkan dari 26 Ogos hingga 17 September 2023.

Terdapat 4 lokasi uji bakat yang bakal berlangsung mengikut tarikh yang ditetapkan seperti dibawah:

Kuala Lumpur - Concorde Hotel KL (26 & 27 Ogos 2023)
Pulau Pinang - Vouk Hotel, Georgetown (2 & 3 September 2023)
Sabah - The Palace Hotel, Kota Kinabalu (9 & 10 September 2023)
Selangor - Eastin Hotel, Petaling Jaya (16 & 17 September 2023



Syarat Penyertaan Peserta Hero Remaja 2023

Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia
Bujang/belum pernah berkahwin
Berusia 18 hingga 25 tahun (pada 31 Disember 2023)
Berketinggian 165 cm ke atas

Syarat Penyertaan Peserta Dewi Remaja 2023


Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia
Bujang/belum pernah berkahwin
Berusia 18 hingga 25 tahun (pada 31 Disember 2023)
Berketinggian 152 cm ke atas



Peserta Perlulah

Memakai pakaian mengikut identiti dan stail masing-masing
Membawa salinan kad pengenalan depan belakang atau salinan pasport (bagi bukan warganegara)
Mengisi borang penyertaan online seperti yang tertera di bawah.
Membawa borang penyertaan hardcopy (di pautan bawah) yang sudah lengkap diisi bersama dua keping foto berukuran 4R ke lokasi uji bakat.

Untuk borang penyertaan online Hero Remaja Disini dan Dewi Remaja Disini. Penuhkan segala butiran peribadi anda dan jika sudah selesai, klik pada 'Hantar Penyertaan'.

Kemudian anda perlu download Borang Uji Bakat DISINI dan cetak serta lengkapkan secara bertulis. Bawa ke sesi uji bakat nanti dan serahkan kepada pihak urusetia.


Untuk info lanjut berkaitan Uji Bakat HeroDewi Remaja 2023, anda boleh layari laman web www.remaja.my/herodewi

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post