16 Peserta Penuh GV10 All-Stars Gegar Vaganza (2023) Juara VS Juara

GEGAR VAGANZA 2023 kini kembali dengan membariskan 10 pemenang juara pertandingan Gegar Vaganza fdari musim terdahulu kembali berentap untuk gelaran All star!

All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).


Lebih menarik sebab kali ni GV All-Stars menampilkan kesemua 10 Pemenang dan 6 lagi (Hotseats) peserta bakal dipilih penonton dari Bekas Peserta2 GV1-9.
 
Manakala lima penyanyi dari musim-musim lalu bakal dipilih menerusi undian para peminat bermula 29 Ogos 2023 di laman sesawang https://voting.astro.com.my/gegarvaganza-hotseat. Undian akan ditutup pada 10 September 2023, 11.59 malam.

Senarai 10 Peserta Gegar Vaganza 2023/ All Stars :

1. Ayai Ilusi (Juara GV1)  
 

2. Siti Nordiana (Juara GV2)


3. Azharina (Juara GV3)
 

4. Dato' Aishah (Juara GV4)


5. Noryn Aziz (Juara GV5)


6.  Naqiu (Juara GV6) 


7. Hady Mirza (Juara GV6)


8. Cliff Umar (Juara GV7)
 

9. Aliff Aziz (Juara GV8)


10. Jaclyn Victor (Juara GV9)


Siapakah lima peserta hot seat yang anda nak serapkan ke All Star Gegar Vaganza? Sama-sama kita nantikan.

Senarai calon hotseats ;
GV1 - Haleeda,  Rahmad Mega,  Mamat Exist, GV2 - Farahdhiya, Ezad Lazim GV3 - Zarul Umbrella, Ameng Spring GV4- Liza Hanim- Lan Solo- Hazami GV5- Dia Fadila- Zamani Slam- AmelinaGV6- Jatt Ali- Nurfatima GV7- Muss- Ayu Damit- Noraniza Idris GV8- Nikki Palikat- Suki Low GV9- Bob Yusof- Shila Amzah - Tomok

Pada Konsert Pertama, 6 peserta Hot Seat telah dipilih, mereka adalah
 
Tomok


Nikki Palikat


Suki Low


Ezad lazim


Liza Hanim


Zamani


Juri Professional
Barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS yang akan didampingi Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi ikonik Indonesia, Hetty Koes Endang.

Pemarkahan
All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

Waktu Siaran
All Stars Gegar Vaganza akan berlangsung selama dua belas (12) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, 

Ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post