12 Senarai Peserta Artis Gegar Vaganza Musim 5 (2018) Kembali Menggamat Memori

Senarai penuh 12 peserta Gegar Vaganza 5. Buat pertama kalinya, rancangan popular Gegar Vaganza (GV) menampilkan kelainan dengan penyertaan tiga peserta berkumpulan antara 12 peserta yang bakal bersaing menerusi musim kelima itu. 

Peserta Gegar Vaganza Musim 5 Kembali Menyengat

Mereka ialah kumpulan Elite, Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain yang akan memberi persaingan kepada peserta solo lain.

 
Musim terbaharu ini juga memperlihatkan dominasi peserta wanita termasuk penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Amelina, Safura Yaakob, Maya Ruslee dan Noryn Aziz. Turut bertanding, Farawahida, Hetty Sarlene dan Dia Fadilla. Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani dan Shafie (Rio) mewakili peserta solo lelaki.

1. Maya Matahari

Mya Matahari - @mya_matahari
  • Popular pada tahun 90-an dengan lagu Matahari 
  • Maya kini sudah berhijab (2018) 
  • Album pertama Maya dilahirkan pada 25 Mac 1995, memuat kan single nya, Matahari
2. Farawahida

Farawahida - @realfarawahida
  • Farwahida telah diundang oleh Millenium Art untuk menyanyikan lagu tema ‘Masih Ada Rahsia’ untuk drama bersiri terbitan Eurofine yang ditayangkan untuk Astro 
  • Kemunculan awal Farawahida banyak menyanyikan laguu untuk Ost Drama & Filem
3. Dia Fadila

Dia Fadila - @diafadila
  • Dia Fadila juga merupakan anak didik Syafinaz. 
  • Mewakili Malaysia ke ASEAN Golden Melodies Festival 2008 dan menang Piala Emas untuk katergori Pop & Piala Silver untuk kategori Tradisional 
  • Karier seni Dia Fadila sebagai seorang penyanyi bermula dari menyertai beberapa pertandingan nyanyian.
4. Amelina

Amelina Amir - @amelinaamirsharipuddin
  • Merupakan penyanyi dangdut wanita pertama di Malaysia hasil eksperimen Warner Music 1994 
  • Lagu"Rindu" menjadi lagu megahits pada tahun tersebut hingga menjuarai carta Radio Muzik selama lebih dari 6 minggu. 
  • Album sulung Amelina Berjaya terjual melebihi200,000 unit dalam tempoh setahun termasuk di Indonesia serta mendapat Anugerah Platium.
5. Safura

Safura - @safurashah
  • Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. 
  • Hanya pada tahun 1996 beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman. 
  • Album Sedalam Mana Cintamu terbitan komposer LY menerima nominasi AnugrahIndustri Muzik.

6. Noryn Aziz

Noryn Aziz - @norynaziz
  • Merupakan penyanyi jaz Malaysia 
  • Memulakan kerjaya muzik pada tahun 1996 bersama kumpulan Sister-Sister 
  • Bergerak solo pada tahun 1997
7. Hetty Sarlene

Hetty Sarlene - @hettysarlene_oakes
- Pernah popular dalam drama Sembilu. Dua lagu popular beliau adalah Rindu Aku Rindu (2000) dan Demi Cinta Kita ft Anuar Zain.
  • Dinamakan bersempena dengan penyanyi wanita Indonesia, Hetty Koes Endang 
  • Pernah mewakili Singapura dalam Festival Lagu Asia 1999 (ke-4) 
  • Pernah menyertai Asia Bagus1999 di Bali, Indonesia (ke-5)
8. Shafie Rio

Shafie RIO - @shafierioofficial
- Vocalist utama kumpulan RIO yang popular dengan lagu Layu Dihujung Mekar.
  • Merupakan kumpulan penyanyi pertama yang menanda tangani kontrak Bersama Fantasia Music City (FMC Music) 
  • Mencipta nama sekitar tahun1990-an 
  • Pencapaian terbaik beliau ialah menjadi finalis pertandingan Pujaan 10 Nescafe 1992
9. Zamani

Zamani - @zamanislam_official
- Antara penyanyi terbaik dan lagenda di Malaysia. Bermula sebagai salah anggota kumpulan Slam dan kemudian bergerak secara solo
  • Pada penghujung tahun1999 Slam secara rasmi direhatkan seketika apabila Zamani keluar dan Shah pula sebagai ketua kumpulan bertindak menyertai kumpulan lagenda Search untuk album SelepasBanjir. 
  • Zamani memulakan karier solo pada tahun 2002

10. Forteen

Forteen - @official.forteen
  • Mula aktif pada tahun2011 di bawah syarikat rakaman KRU Records 
  • Kesemua ahli Forteen kini aktif secara solo, dalam bidang nyanyian & lakonan 
  • Pada tahun2017, One Forteen telah menyertai sebuah rancangan reality di Indonesia berjudul D’ Academy Asia 3
11. Elite

Elite - @elitesuperwarriors
  • Kumpulan Elite merupakan artis rakaman KRU Records yang sulung, ditubuhkan pada tahun 1996 
  • Kumpulan Elite digelar sebagai Spice Girls Malaysia 
  • Anggota Elite mula mengadakan persembahan pertama mereka ketika konsert 'Awasda' Concert' KRU 1995 
12. Billy Zulkarnain

Billy Zulkarnain - @billyzulkarnainofficial
- Nine dan Billy merupakan 2 penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz (dibubarkan pada tahun 2004). Kemudian, pada Februari 2005, KRU menubuhkan kumpulan duo Billy Zulkarnain

Penaja Utama
D’Herbs

Pengacara Gegar Vaganza 5 
Nabil Ahmad dan Jihan Muse

Juri Tetap
Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim

Waktu Siaran
Gegar Vaganza 5 akan bermula 30 September 2018, Ahad, 9 Malam di Astro Ria dan Ria HD.

------------------------------------------------

GRAND FINALE
Malam final gegar vaganza telah berlangsung pada 18 November 2018 menerusi saluran Astro Ria & Maya HD jam 9,00 malam menyaksikan 6 finalis Noryn Aziz, Maya Ruslee, Zamani, Amalina, Dia Fadila & Billy Zulkarnain berentap merebut gelaran juara Gegar Vaganza Musim ke 5 (2018).


Finalis berentap menerusi 2 pusingan iaitu pusingan pertama duet bersama artis dan pusingan kedua battle rap dan juri Dato' Ramli MS, Dato' Khatijah Ibrabhim, Dato' DJ Dave & Joe Flizzow tengah menobatkan.



Tempat ke-6: Billy zulkarnain
Wang Tunai RM10,000 
Pakej Penginapan The Royal Chulan & Resort 
+ Trofi Sumbangan Astro

Tempat ke-5: Maya Ruslee
Wang Tunai RM15,000 
Pakej Penginapan The Royal Chulan & Resort 
+ Trofi Sumbangan Astro

Tempat Ke-4: Amelina
Wang Tunai RM20,000 
Pakej Penginapan The Royal Chulan & Resort 
+ Trofi Sumbangan Astro

Tempat Ke-3: Zamani
Wang Tunai RM30,000 
Pakej Penginapan The Royal Chulan & Resort 
+ Trofi Sumbangan Astro

Tempat ke-2: Dia Fadila
Wang Tunai RM50,000 
Pakej Penginapan The Royal Chulan & Resort 
+ Trofi Sumbangan Astro

Juara Gegar Vaganza 2018: Noryn Aziz
Wang Tunai RM100,000 
Pakej Penginapan The Royal Chulan & Resort 
+ Trofi Sumbangan Astro

Tahniah Diucapkan kepada semua pemenang

Ikuti pautan ini untuk Peserta Gegar Vaganza Musim Lepas





Kredit : Gempak 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post