Senarai 14 Peserta Gegar Vaganza Musim 7 (2020) Mara Suara Membara

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 2020 Musim 7 ~ GV7 tampil dengan perbezaan iaitu dengan mempertaruhkan 14 peserta daripada artis individu dan juga artis berkumpulan. Jika lihat daripada senarai artis yang menyertai GV7, bukan calang-calang. Memang ada persaingan yang sengit sehingga ke minggu akhir ni. Lebih ramai peserta, lagi meriah kan. 


 
Tahun ini, ianya masih mengekalkan konsep yang sama iaitu sebuah pertandingan nyanyian dimana akan di adili oleh 2 juri dan seorang juri jemputan yang berbeza setiap minggu. Setiap minggu juga akan ada peserta yang tersingkir yang mendapat markah terendah pada minggu tersebut sehinggalah pada minggu akhir untuk digelar sebagai Juara GegarVaganza Musim Ketujuh.



Senarai 14 Peserta GegarVaganza Musim 7 (2020)  

1. Aju Success
Rockers Tahun 90-an

• Vokalis Kumpulan Success
• Lagu Popular : Ku Basuh Luka Dengan Airmata, Kerana Cinta Ku Turutkan
• Instagram : ajusuccess_official (10.6K followers)

Trivia
• Mempunyai 4 buah album
• Bergelar usahawan pada tahun 2017
• Pandai memasak
• Masih aktif menyanyi di majlis keramaian
• Menetap di Kelantan



2. Ashira
Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz
• 34 Tahun
• Popular pada tahun 2000-an
• Lagu Popular : Di Ombak Resah, Buat Insan Tersayang (duet bersama Eddie Hamid)
• Instagram : ashiraaziz (1822 followers)

Trivia
• Mula menceburi industry pada umur 14 tahun
• Merupakan seorang ibu tunggal
• Mempunyai seorang anak lelaki, berusia 14 tahun
• Aktif bernyanyi live band di sekitar Kuala Lumpur & Antarabangsa seperti di Dubai & Abu Dhabi



3. Ayu Damit
 Norayu Damit
• 31 Tahun
• Asal : Putatan, Sabah
• Lagu Popular : Hanya Di Mercu
• Instagram : ayudamit (21k)

Trivia
• Merupakan usahawan cili padi hingga digelar Ayu Cili Padi
• Mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan
• Sering menyanyikan semula lagu-lagu balada dan muat naik di sosial media
• Tidak aktif di kaca TV tetapi banyak menerima jemputan menyanyi di majlis keraian



4. Cliff Omar (Projek Pistol)
Cliff Umar Jopesh
• 38 Tahun
• Vokalis kumpulan Projek Pistol
• Lagu Popular : Wanita Seluruh Dunia
• Instagram : cliffumar (1308 followers)

Trivia
• Merupakan seorang mualaf
• Lagu Wanita Seluruh Dunia merupakan calon Lagu Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2010/2011
• Pernah membuat persembahan di Gegar Vaganza 3, sebagai pasangan duet Nora Ariffin dalam lagu Bring Me To Life
• Aktif menyanyi Live Band sekitar Kuala Lumpur

 

5. Haslinda
Nor Haslinda Aripah
• 42 Tahun
• Lagu Popular : Sehati dan Sejiwa
• Instagram : haslinda_aripah_official (704 followers)

Trivia
• Popular pada tahun 1998
• Mempunyai 3 buah album dan 1 lagu popular
• Lagu Sehati dan Sejiwa merupakan OST Drama Cinderella lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham
• Karier terkini sebagai make-up artis
• Kini menetap di Sabah



6. Indigo
Ahli
• Bad (ig: bad.indigo_official , 709 followers)
• Shah (ig: shahrinsamsudin , 4616 followers)
• Zam
• Shaz (tidak dapat memberi komitmen)
• Lagu Popular : Sehidup Semati (ft Juliana Banos), Andai Kau Pergi, Suraya, Istimewa

Trivia
• Sekarang bergerak dengan hanya 3 ahli kumpulan sahaja.
• Lagu Suraya merupakan nyanyian asal kumpulan Headwind, kemudian dirakamkan semula oleh Indigo
• Shah, merupakan suami kepada Liza Hanim
• Bad merupakan seorang event manager

 

7. Eva
Ahli

• Linda (lindaeva_official , 13.3k)
• Izzu (izzu_eva , 7007 followers)
• Rina (_rinaeva, 1359 followers)
• Mimi (mims_eva, 501 followers)
• Lagu Popular : Bulan Cinta

Trivia

• Popular dengan genre Dangdut
• Anak Linda, merupakan bekas vokalis Putra Band.
• Anak Izzu, Izzy Zulkhazreef merupakan pelakon filem ‘Sebelum Iblis Menjemput 2’, ‘Redha’, ‘KL Special Force’ dan ‘M4M4’
• Mimi menjual makanan secara online, Mim’s Kitchen
• Rina juga aktif menjadi pengacara majlis di majlis sekitar Kuala Lumpur disamping menjual jamu dan produk kecantikan.



8. Linda Manuwil (AF2)
Norlinda Nanuwil
• 36 Tahun
• Lagu Popular : Jika Kau Kekasih
• Instagram : lindananuwil (23.9k)

Trivia
• Merupakan peserta dan naib juara Akademi Fantasia 2
• Pernah berlakon filem Gila Gila Pengantin Popular
• Mempunyai iras wajah Fazura
• Masih single dan tidak pernah berkahwin



9. Nomad
Nur Mohd Alieff Ayub
• 32 Tahun
• Lagu Popular : Tetap Menantimu
• Twitter : nomadaish88

Trivia
• Bermula sebagai seorang composer.
• Membintangi Telefilem Salah Susuk Raya di samping Bocey, Kilafairy dan Syatilla Melvin.
• Merupakan salah seorang peserta Keynote terbitan Astro



10. Oja
Daninas Huza Daud
• 41 Tahun
• Lagu Popular : Dasira
• Instagram : aku_oja (7761 followers)

Trivia
• Memulakan karier sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 90an
• Merupakan vokalis kumpulan Tunable Bands bersama dengan 2 bekas ahli kumpulan Spoon, Boy dan Shahnaz
• Merupakan anak saudara kepada Mastura Ali, yang popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang
• Juga merupakan anak saudara kepada penyanyi Khairool Idlan, yang popular dengan lagu Aku Yang Kau Panggil Sayang
• Pernah membuat persembahan undangan di Gegar Vaganza 1



11. Mus (May)
Mustaffa Bin Din
• 10 Mei 1968 (52 Tahun)
• Asal : Ipoh, Perak
• Tahun Aktif : 1982 – Kini
• Lagu Popular : Sinar, Gadis Bertudung Putih, Dari Kaca Mata (1989)
• Vokalis May (1985-1991) (2002 – 2019)
• Instagram : musmay31 (2024 followers)

Trivia

• Bekas vokalis kumpulan May
• Pernah menjadi vokalis kumpulan Wings dan popular dengan lagu Biru Mata Hitamku
• Pernah menjadi cameo (bapa kepada Uqasha) dalam filem Hantu Kak Limah
• Penyanyi Terbaik dalam Pertandingan Juara Rock Malaysia 1986
• Pemenang Album Hard Rock Terbaik di AIM 2004 & 2005



12. Noraniza Idris
Nor Aniza Binti Haji Idris
• 52 Tahun (27 Ogos 1968)
• Asal : Kampung Melayu, Kluang, Johor
• Instagram : @noraniza.idris (71.8k followers)

Trivia
• Mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia
• Pernah memenangi 5 kali Anugerah Juara Lagu dalam kategori Etnik Kreatif
• Mempunyai 13 buah album solo, 12 album kompilasi dan 4 buah album duet
• Pernah berlakon dalam filem Sayang Ibu
• Mempunyai 2 orang anak lelaki.

 

13. Rozita Izlyn
Asal : Kedah
• 43 Tahun
• Tahun Aktif : 1990 an
• Lagu Popular : Dunia Kita Berbeza, Berbalam Cintaku
• Instagram : rozitaazlinmohdradzi (631 followers)

Trivia
• Mempunyai 1 lagu duet bersama Aju Success, bertajuk Mengapa Sukar Melafazkan Maaf
• Pernah tewas di tangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam kategori Artis Baru Terbaik AIM ke-4
• Sekarang bekerja sebagai Pegawai di UiTM, Shah Alam

 

14. Yantzen
Yantzen Bin Juniwan
• 2 Disember 1958 (61 Tahun)
• Asal : Singapura
• Tahun Aktif : 1978 – Kini
• Lagu Popular : Insan, Meniti Suratan
• Instagram : yantzen_official (3891 followers)

Trivia
• Pernah menjadi vokalis kumpulan Rusty Blade & May
• Pernah membintangi sebuah filem pada tahun 1994 berjudul Penyu
• Mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan bersama Sharifah Haslinda


Tahun ini, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai hos dan pengacara yang akan memeriahkan lagi rancangan beserta 2 juri tetap iaitu Dato' Ramli MS dan Dato' Khadijah Ibrahim dan seorang juri jemputan yang berbeza dijemput setiap minggu.

GegarVaganza 7 akan bermula dengan konsert pertama pada 11 Oktober 2020 ini. GV7 akan bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam untuk 10 minggu di Astro RIA, RIA HD, Astro PRIMA dan Astro GO. Ianya akan berlansung di PICC, Putrajaya dengan bilangan penonton yang hadir adalah terhad dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.

#GegarVaganza7 #GV7 

Grand Finale
Menyaksikan seramai 7 bintang mara ke peringkat Akhir Gegar Vaganza 



Cliff Umar (vokalis Projek Pistol) : Juara (RM 100,000)
Muss (May) : Naib Juara (RM 50,000)
Ayu Damit : Tempat Ke-3 (RM 30,000)

Ikuti pautan ini untuk Peserta Gegar Vaganza Musim Lepas

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post