12 Finalis Gegar Vaganza 4 (2017) Bintang Kembali Menyengat..!!!

Teki-teki siapakah 12 penyanyi yang bakal menyertai persaingan Gegar Vaganza musim ini dileraikan dalam sebuah sidang media yang berlangsung petang semalam.

Tahun ini, Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) membawa format baru iaitu Nusantara yang mana akan turut menampilkan dua peserta dari negara jiran iaitu Ferhad (Singapura) dan Firman Siagian (Indonesia).



Mereka bakal disaingi oleh empat lagi penyanyi lelaki Malaysia iaitu Lan Kristal, Aqasha, Hazami dan Tia Jinbara.

Manakala enam penyanyi wanita yang melengkapkan persaingan 12 peserta ialah Elyana, Liza Hanim, Syura, Aishah, Haida dan Raja Azura.

Dijangkakan pertandingan musim ini lebih sengit kerana kesemua peserta yang terlibat dikenali dengan kekuatan vokal dan era zaman kegemilangan yang tersendiri.

Teruskan Selongkar...

1. Aishah



Nama: Wan Aishah Wan Ariffin
Fakta Bintang: Berkahwin | Masih aktif menyanyi dalam acara keramaian
Lagu Hit: Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Di Bawah Telapak Kaki Ibu, Melukut Di Tepi Gantang


2. Aqasha



Nama: Firdee Akassya bin Rosli
Fakta Bintang: Berkahwin | Aktif dalam dunia lakonan & masih menyanyi
Lagu Hit: Cahaya Hati, Embun

3. Elyana




Nama: Erneelya Elyana binti Emrizal
Fakta Bintang: Berkahwin, seorang anak | Masih aktif menyanyi & menguruskan business bersama suami
Lagu Hit: Tak Tercapai Akalmu, Kalis Rindu, Diriku Tapak Sulaiman, Bukannya Satilet, Kau atau Aku, Pakai Kanta Cinta, Sewaktu Dulu-dulu


4. Ferhad




Nama: Ferhad bin Iberahim
Fakta Bintang: Berkahwin | 2 orang anak | Masih aktif menyanyi | Mempunyai studio rakaman sendiri di Plaza Damas
Lagu Hit: Kasih Berubah, Pernah, Katakan Saja, Higher Deeper, Sunshine or Rain, Soul in Me.

5. Firman



Nama: Firman Siagian
Fakta Bintang: Berkahwin | seorang anak | Mempunyai sebuah band Jimi Jangkrix
Lagu Hit: Kehilangan, Tetap Yang Terindah, Rindu Serindu Rindunya (cover)


6. Haida




Nama:Noor Haida Mohd Idris
Fakta Bintang: Ibu Tunggal | Masih aktif menyanyi
Lagu Hit: Zapin Usik Mengusik ( duet bersama kumpulan Senario ), Arena Rambong, Khazanah Pujangga (2008)



7. Hazami




Nama: Norkamal Hazami Ahmad
Fakta Bintang: Penyanyi | Guru Vokal | Penulis Lirik & Produser Muzik | Mempunyai syarikat sendiri iaitu Hazami Records Sdn Bhd
Lagu Hit: Sonata Musim Salju, Mungkir Bahagia, Kata


8. Lan Kristal




Nama: Mohd Razlan Mohamed Yusof
Fakta Bintang: Berkahwin | 4 orang anak | Menjual pakaian berjenama sendiri ( butiklankristal )
Lagu Hit: Seragam Hitam, Delaila, Nurani, Luahan Hati, Selagi Ada Rindu

9. Liza Hanim




Liza Hanim
Nama: Haliza Hanim binti Abdul Halim
Fakta Bintang: Berkahwin | Pelakon & mempunyai sebuah syarikat
Lagu Hit: Gelisah Mimpi, Siapa Sangka Siapa Menduga, Getaran Cinta Di Jiwa, Di Manakn Ku Cari Ganti

10. Raja Azura



Nama: Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin
Fakta Bintang: Berkahwin | 4 orang anak | Bersara sebagai DJ di Sinar FM | Membuka francais Burgerbyte di Seksyen 13, Shah Alam
Lagu Hit: Hati Berbunga, Bunga Berguguran

11. Syura



Nama: Zuraidah Badron
Fakta Bintang: Ibu Tunggal | 3 orang anak | Masih aktif menyanyi & bergiat aktif dalam masakan
Lagu Hit: Kasih Tak Terjamah, Bakawali ft. Siti Nordiana, Nazam Berkasih


12. Tia Jinbara



Nama: Syamsul Bakhtiar Zakaria
Fakta Bintang: Berkahwin
Lagu Hit: Cinta Pantai Merdeka, Farhana, Kasihnya Laila, Zakiah, Cinta Semalam, Resah


Pengadilan

Markah seratus peratus oleh juri profesional.

Pengacara
Jehan Musa
Nabil Ahmad






GV4 dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil. Mula bersiaran 29 Oktober ini, setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria.

Kredit : http://www.gempak.com/http://www.gempak.com/

..........................................................................

FINAL GEGAR VAGANZA 4

Gegar Vaganza tahun 2017 atau Musim Keempat bersiaran mulai 29 Oktober 2017 dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Konsert akhir dilangsungkan pada 17 Disember 2017 di Iskandar Pinewood Malaysia Studio, Iskandar Puteri, Johor.


Senarai Peserta Musim 4:
Aishah : Juara (RM 100,000)
Liza Hanim : Naib Juara (RM 50,000)
Lan : Tempat Ke-3 (RM 30,000)
Hazami : Tempat Ke-4 (RM 20,000)
Firman : Tempat Ke-5 (RM 15,000)
Tia Jinbara : Tempat Ke-6 (RM 10,000)

Menewaskan lima peserta lain, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV 4). Aishah membawakan lagu All by Myself di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Liza Hanim di segmen battle.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Liza Hanim yang menerima hadiah wang tunai RM50,000 sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki, barangan kemas dan baucer membeli belah Go Shop bernilai RM5,000.

Penyanyi Lan Solo pula berada pada tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, sebidang lot tanah banglo, percutian ke Boracay, barangan kemas dan baucer sumbangan Go Shop berjumlah RM4,000.

Di bawah merupakan markah penuh finalis GV 4:

1.Aishah - 81%
2.Liza Hanim - 79%
3.Lan Solo - 70.4%
4.Hazami - 70%
5.Firman Siagian - 69%
6.Tia Jinbara - 66%
Tahniah Diucapkan Kepada pemenang...Tak sabar menanti GV5 Pulak..

No comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.