13 Biodata Peserta Gegar Vaganza Musim 6 (2019) Kembali Berontak Dalam Rentak

Gegar Vaganza 6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober ini dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 



Program realiti popular itu juga akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad jam 9 malam. 


Masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad, juri tetap musim kali ini juga turut mengekalkan Datuk Ramli MS bersama juri tetap baru iaitu penyanyi popular dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Juara GV6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Sementara itu, tempat keempat, kelima dan keenam tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa pulang RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.


SENARAI PENUH PESERTA GEGAR VAGANZA MUSIM 6 (2019)

1. Naqiu (Boboy)


NAQIU (BOBOY), 33 TAHUN
WAN NAQIUDDIN MOHD NAJIB

Fun Fact
Beristeri 1 dan beranak 5 pada usia 33 tahun
Pernah dilamar oleh 5 orang peminat yang menunggu di depan pintu
Kumpulan Boboy pernah mempunyai telemovie Boboy The Movie & Demi Masa
Lagu Popular
Episod Cinta

2. Mazleela

 

MAZLEELA, 47 TAHUN
MAZLILA BINTI MAZLAN

Fun Fact
Merupakan bekas penyanyi Istana Johor
Seorang artis one hit wonder, tetapi diam tak diam, mempunyai 5 buah album
Lagu Popular
Tabah

3. Sham (Visa)


 

SHAM (VISA), 43 TAHUN
ROHISHAM HASHIM

Fun Fact
Mendapat jolokan "Tony Stark" Malaysia
Merupakan seorang Pengarah, Pelakon & Penyanyi
Lagu Popular
Untukmu Selamanya
Dalam Gerimis

4. Noorshila Amin




NOORSHILA AMIN, 55 TAHUN
NOORSHILA BINTI AMIN

Fun Fact
Pernah disambar gas bocor
Namanya sering dikaitkan dengan berita pergaduhan
Lagu nyanyian beliau pernah menjadi fenomena apabila beralih dari irama dangdut (Rambu Ramba & Da Di Du) kepada lagu berentak balada (Kad Ucapanmu)
Lagu Popular
Rambu Ramba
Kad Ucapanmu

5. Ameer (Sofazr)



AMEER (SOFAZR), 36 TAHUN
AMIR MAHYIDIN

Fun Fact
Apakah maksud setiap patah perkataan dalam S.O.F.A.Z.R
S : Shah
O : One
F : Fairouz
A : Ameer
Z : Zimi
R : Rodie
Filem tersendiri berjudul Sofazr The Movie – Jiwa Kacau
Lagu Popular
Dan Bila Esok
Janjiku
Salahku

6. Kool (Duo)


 

Kool
MOHD KHAIRI YAACOB (HAIRIE), 51 TAHUN
SHAIFUL AZRI MOHD ARIFFIN (RIOT), 47 TAHUN

Fun Fact
Terdiri dari 2 anggota iaitu Hairie & Riot
2 ahli asal telah menarik diri
Riot merupakan Michael Jackson Malaysia
Bekas isteri Hairie juga pernah menyertai GV
Hairie juga merupakan anak buah kepada Datuk Khadijah Ibrahim
Semua koreografi Kool di koreograf oleh Riot sendiri
Lagu Popular
Bebas

7. Wann



WANN, 49 TAHUN
WAN RASHIDAH BINTI MEOR ABDUL RASHID

Fun Fact
Popular dengan lagu cover daripada Allayarhamah Saloma, bertajuk Bossanova
Terkenal dengan usikan manja "Wan Teran"
Lagu Popular
Bossanova
Darah Muda
Lamunan Hati

8. Roy


ROY, 55 TAHUN
MUHAMMED RAIZAN ALWI

Fun Fact
Busker
Mampu memainkan 50 buah lagu dalam 1 hari
Merupakan penyanyi lagu patriotik popular, Sejahtera Malaysia
Lagu Popular
Ratnaku

9. Feeza


FEEZA, 43 TAHUN
FEEZA SHAARI

Fun Fact
Tujuan utama memasuki GV adalah untuk mencari jodoh
Merupakan pegawai di Majlis Perbandaran Subang Jaya
Lagu Popular
Ungkapan Kata Bernafas Cinta

10. Nur Fatima




NURFATIMA, 36 TAHUN
NUR FATIMAH ABD. WAHAB

Fun Fact
Merupakan pemegang Ijazah Kejuteraan Audio dari Institut SEA Sydney
Telah mendirikan rumahtangga dengan warganegara Australia, Mohammad Jeffry Wain Wright
Lagu Popular
Selembut Sutera

11. Hady Mirza


HADY MIRZA, 39 TAHUN
MUHAMMAD MIRZAHADY BIN AMIR

Fun Fact
Pemenang keseluruhan Asian Idol musim pertama
Pernah memenangi Singapore Idol 2006
Lagu Popular
Angkasa

12. Jatt (Black Dog Bone)



JATT (BLACK DOG BONE), 63 TAHUN
TAHIR ALI

Fun Fact
Bintang GV paling veteran
Lagu raya, Cahaya Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone merupakan antara putaran lagu paling banyak dimainkan pada Hari Raya
Lagu Popular
Cahaya Aidilfitri
Khayalan
Gadis Ayu
Hatiku Luka Lagi

13. One Nation Emcees

 

ONE NATION EMCEES
SHAMIMI AMALINA BT NORHISHAM (MIMI FLY), 33 TAHUN
NUR HASAN BIN BALAS (JOJO FLY), 44 TAHUN
MOHAMED FAREEZAN MOHAMED MURTAZA (KOZAE), 37 TAHUN
SABHI SADDI, 35 TAHUN

Fun Fact
Kesemua ahli One Nation Emcees berasal dari Sabah
Untuk GV kali ini, penyanyi solo Sabhi Saddi akan bersama-sama menyertai One Nation Emcees.
Popular dengan lagu Raja Gelek & Anak Kampung
Mimi mempunyai studio zumbanya sendiri
Semua ahli kumpulan ONE boleh menari & Sabhi Saddi merupakan backup dancer Adam AF
Lagu Popular
Raja Gelek
Anak Kampung ft. Jimmy Palikat



Siapakah yang bakal menjadi juara? dah ada peserta Favourite?
Segalanya bakal terjawab nanti.


Grand Finale
Akhirnya tiba ke penghujung, menyaksikan pertama kali dalam sejarah ada dua pemenang utama.



Naqiu (Boboy) : Juara (RM 100,000)
Hady Mirza : Juara (RM 100,000)
Jatt Ali (Black Dog Bone) : Tempat Ke-3 (RM 30,000)

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post