Top 20 Finalis Dewi Remaja 2019 Diperkenalkan, Misi Mencari Seorang Juara Diteruskan

Dewi Remaja kembali lagi di tahun 2019 dalam misi pencarian pemenang yang baru, setelah edisi yang lepas tidak mempunyai seorang juara buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan Dewi Remaja selepas kemenangan Haneesya ditarik atas sebab disiplin. 



Sepanjang dua minggu berturut-turut ujibakat telah dijalankan di Kumpun Media Karangkraf Shah Alam menyaksikan seramai 20 gadis disenarai pendek sebagai finalis untuk edisi kali ini.


Jadi jom kita selongkar mereka yang telah terpilih hasil dari tapisan beribu peserta yang hadir ujibakat.
1. ADRIANA GHAAFAR • 21
@adrianaghfr
Adriana kini merupakan pelajar sarjana muda perundangan dari Universiti Malaya.



2. AINA SHUADA FAIZAL • 22  
@ainashuada
Sedang mengambil diploma dalam jurusan pengurusan hartanah, Aina juga merupakan peminat sukan bola sepak.



3. AINI SOPHI • 19  
@miss_ainisophie
Aini merupakan seorang penari dan pernah terlibat dalam persembahan pentas komersil.



4. SHATIRAH AMANDA • 19  
@shatirah.amanda
Suara lunaknya menjadi salah satu kelebihan yang ada pada Amanda.



5. AISHAH AZHAN • 24 
@aishah_azhan
Pelajar ini memulakan pengajian bidang perakaunan di BPP University, Birmingham UK. Kini Ash sedang menghabiskan bahagian terakhir secara online.



6. SYAZA AZRA • 19 
@staphshut
Berminat dalam bidang pengacaraan, pelajar UiTM Seremban ini inginkan peluang untuk ketengahkan bakat tersebut.



7. CLARA JAMES • 23  
@clarajames1908
Bukan saja bijak dalam bidang Komunikasi Profesional, pelajar International University of Malaya Wales ini juga fasih berbahasa Melayu, Mandarin, Tamil & Inggeris.



8. ANDRIANNA FERNANDEZ AZMI • 19  
@dianfrnndz
Dian berbakat dalam bidang nyanyian & kini sedang menuntut dalam jurusan Komunikasi Korporat di KUPTM.



9. FARHANABILA • 24 
@farhawho
Merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College. .



10. FARZANA ZAINUL ABIDIN • 22 
@farzanazainul
Seorang lagi pelajar Universiti Malaya dalam jurusan sarjana muda Ekonomi & Pentadbiran, Zaza terlebih dahulu bergelar graduan diploma Perakaunan.



11. HIDATUL HIKMAH • 22 
@hidatulhikmah
Pelajar sarjana muda Pendidikan di IUKL ini berbakat melukis dan berlakon.



12. MYRA NATASHA • 24  
@nananattasya
Atlet kebangsaan cheerleading ini sudah setapak ke hadapan apabila memiliki akademi cheer sendiri.





13. NINA AMIN • 23
@ninaamin
Pemilik sarjana muda Psikologi ini mempunyai darah kacukan Melayu-Cina dan pernah bergiat aktif dalam sukan taekwondo & bola baling.




14. NINA ARIFF • 22
@ninariff
Mempunyai latar belakang jurusan undang-undang, finalis ini juga mempunyai kebolehan menari yang bagus.



15. NYNAA HARIZAL • 23 
@nynaaharizal_
Bukan saja bergelar graduan jurusan perakaunan dan kewangan, finalis ini juga giat dengan hobi menunggang kuda & bermain piano.



16. SAIDAH SYAHIRAH • 23 
@saidahkamarudin
Dewi Remaja merupakan pencarian pertama yang disertai oleh pramugari syarikat penerbangan komersil ini.



17. SHAHIRAH SAZALI • 21 
@shahirahsazalii
Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga bekas atlet lompat tinggi Sukan Malaysia (SUKMA). Sekarang dia merupakan pemandu Grab sepenuh masa.



18. SHARLINA GILBERT • 23 
@sharlinagilbertmojinun
Bekas pramugari dari Kota Kinabalu ini kini merupakan setiausaha Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.



19. SHAZA NURIMAN • 24
@shazabae_
Selama bergelar pelajar Bachelor of Art di Universiti Malaya, Shaza juga seimbangkan masa membintangi iklan komersil untuk menimba pengalaman.




20. SYAMIRA IZZATI • 22 
@miranzr
Merupakan penuntut sarjana muda Pengurusan Perniagaan di UiTM Puncak Alam.



Itu dia senarai Top 20 Pencarian Dewi Remaja 2019 💕 All the best girls!


Klik Sini : 20 Finalis Dewi Remaja Edisi 9 (2014/2015)


Klik Sini : 20 Finalis Dewi Remaja Edisi 10 (2018)


Klik Sini : 20 Finalis Dewi Remaja Edisi 11 (2019)


Klik Sini : 16 Finalis Dewi Remaja Edisi 12 (2022)



P.S: Siapa yang bakal menjadi top 12? Sama sama kita nantikan
Kredit : @majalahremaja

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post