20 Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 - Personakan Bintangmu

Finalis awal pencarian Dewi Remaja 2018/2019 - Semalam 25 Oktober 2018 telah diperkenalkan barisan TOP 20 Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 menerusi laman instagram @majalahRemaja.

 Sesi Ujibakat Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 telahpun berlangsung selama 4 sesi iaitu pada 28,29 september & 6,7 Oktober 2018 di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Dalam ramai yang telah hadir audition, seramai 20 peserta telah disenarai pendek.


Ini dia 20 finalis awal Pencarian Dewi remaja 2018/2019, Jom Kita Selongkar 
1. Anna Jobling
18, Kuala Lumpur
Anna mempunyai darah kacukan Inggeris dan Melayu. Selain berkebolehan dalam pelbagai bidang seperti bermain piano, saxophone dan berenang, Anna yang merupakan seorang vegan telah menjadi model sejak usia 15 tahun.

2. Arena Iman
19, Selangor
Keluarga Arena diikuti rapat disebabkan kisah adiknya Adam yang mengalami simptom Autism. Oleh sebab itu, Arena ingin menjadi ikon yang menyebarkan kesedaran mengenainya. Dia mahir bermain alat muzik seperti gamelan, piano, gitar dan ukelele.


3. Ariesya Farha
19, Selangor
Berkebolehan Di Dalam Bidang Olahraga, Pelajar Kolej Universiti Poly-Tech Mara Di Dalam Jurusan TESL / Linguistic Serta Bekerja Sambilan Untuk Membantu Ibu.


4. Farzuwin Ismail
20, Kelantan
Kini bertugas sebagai seorang penasihat kecantikan, Aween tidak menjadikan sisi femininnya sebagai penghalang untuknya menuntut ilmu bersilat. Dia yang pernah menjadi pelakon tambahan untuk filem Munafik 1 ingin membuktikan gadis berhijab juga boleh menjadi versatil.


5. Eleen Nisya
23, Selangor
Sosial Media Influencer & Sedang menuntut di MSU.


6. Erni Nurshahira
23, Selangor
Ernisha yang berkemahiran dalam bidang pengurusan acara ini mempunyai matlamat untuk satu hari bergelar seorang pengacara yang disegani. Selain gemar untuk melihat kejayaan gadis berhijab lain dalam bidang masing-masing, Ernisha juga ingin mengikut jejak langkah mereka.


7. Fazreen Fazera
20, Kuala Lumpur
Nampak kecil tetapi jangan pandang rendah terhadap Fazreen. Selain pandai memasak pelbagai jenis juadah terutamanya menu tempatan, pencinta haiwan eksotik ini juga gemar mencabar diri menyertai aktiviti lasak seperti mendaki bukit.


8. Afiefi Riani
23, Selangor
Minat Mengacara & Berlakon, Social Media Influencer Sejak Berumur 20 Tahun Serta Bekerja Di Hartanah Rakyat.


9. Sharifah Haneesya
18, Kuala Lumpur
Popular dengan kemunculan karakter Zaza di dalam drama Astro RIA Cik Reen Encik Ngok Ngek. Kini sebagai model sepenuh masa, Haneesya ingin mewujudkan kesedaran tentang isu yang dihadapinya seperti Disleksia, Scoliosis & Thalassemia.


10. Lydia De Sal
20, Sabah
Lydia amat berpengalaman dalam dunia pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di negeri kelahirannya. Pernah berlakon untuk drama Kuramanis dan filem Negaraku 16 September, Lydia mengakui tidak kekok menetap di Semenanjung Malaysia.


11. Nurul Aina
20, Pulau Pinang
Barista – Skill in Coffee Art, Kacukan India & Arab Serta Pernah Menyertai Pertandingan Ratu Kebaya.


12. Qistina Batrisyia
20, Kuala Lumpur
Berkemahiran Di Dalam Seni Fotografi, Degree in Law & Akan Menyambung Pengajian Di UK. Iras Sharifah Sakinah + Perangai Pun Lebih Kurang Sama.

13. Affie Rania
19, Kuala Lumpur
Rania berkebolehan untuk melakukan beatbox dan bermain alat muzik seperti gitar, keyboard dan piano. Selain aktif bersukan seperti bermain futsal, papan luncur dan bola sepak, Rania juga gemar pergi mengembara.


14. Saraya Mia
23, Kuala Lumpur
Pemain Squash Negeri Sembilan 2011, Degree in Biotechnology & Fasih Berbahasa Thai.

15. Shazleen Arisha
21, Kuala Lumpur
Pernah Berlakon Sebagai Pelakon Tambahan Serta Model Majalah Bintang Kecil 2009.


16. Sherin Amiri
23, Selangor
Sherin adalah definisi gadis cantik yang aktif. Bekas pramugari syarikat penerbangan antarabangsa ini gemar untuk bermain papan luncur dan mengikuti perkembangan pelbagai jenis sukan. Sherin mempunyai raut wajah eksotik disebabkan darah kacukan Rusia dan Iran.


17. Rasya Dean
22, Selangor
Pelajar jurusan undang-undang ini mempunyai sisi aktif. Rasya berkebolehan sebagai seorang ahli sorak dan atlet sukan gimnastik. Dia yang mempunyai suara lunak gemar untuk menyanyi pada masa lapang dan mempunyai pengalaman sebagai seorang model.


18. Sarah Shah
18. Selangor 
Gemar mengubah penampilan rambutnya dan tidak takut untuk memotongnya pendek. Tia kini bergelar mahasiswi dalam jurusan TEASL. Ingin mencungkil bakat dalam bidang pengacaraan terutamanya yang bergenre travelogue.


19. Zahirah Xaview
23, Pulau Pinang
Pandai Memasak, Indian look – Anak Mami Serta Bekerja Sebagai Pramugari Malindo Airlines.


20. Zeera Azizi
20, Selangor
Merupakan antara finalis tertinggi di kalangan yang lain, Zeera kini bertugas sebagai seorang pramugari bersama sebuah syarikat penerbangan komersil. Dia pernah bertukar viral kerana mewakili negeri Pahang di dalam acara boling untuk SUKMA dan sebagai penyokong cantik semasa Sukan SEA.

CONGRATS kepada Top 20 yang terpilih bagi Pencarian Dewi Remaja 2018/2019! ♥️💯 .

Terima kasih kepada korang semua yang telah memberikan sokongan sejak ujibakat sehinggalah ke waktu pengumuman ini. We assure you, all of us are very proud of our Malaysian girls! Kesemua yang hadir membuktikan gadis remaja kita mempunyai keberanian, versatil dan cantik dengan cara tersendiri.


Nantikan pengumuman TOP 12 Dewi Remaja pada 31 Oktober 2018, jam 3.00pm. LIVE di Instagram @majalahremaja #majalahremaja #remaja #dewiremaja #dewi1819





Untuk mengetahui finalis Dewi Remaja Edisi terdahulu, Ikuti Pautan ini.


Klik Sini : 20 Finalis Dewi Remaja Edisi 9 (2014/2015)


Klik Sini : 20 Finalis Dewi Remaja Edisi 10 (2018)


Klik Sini : 20 Finalis Dewi Remaja Edisi 11 (2019)


Klik Sini : 16 Finalis Dewi Remaja Edisi 12 (2022)


Amacam? dah ada peserta favourite tak?

Ikuti perkembangan terkini dan cerita di balik tabir pencarian dewi remaja 2018/2019

Kredit : MajalahRemaja

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Haneesya ni cantik wei. Kulit dia y tan tu lagi buat dia cantik. Aku kenal dri drama, taktau pulak masok dewi remaja. Tapi dia memang cantik. Sumpah cantik.

    Haa bpe kali cantik aku ulang ni.

    ReplyDelete
  2. Pelakon encik ngokngek masuk #DewiRemaja jgk, lah.. #meletop

    ReplyDelete
  3. Don’t forget to watch ‘Dewi Remaja’ every Sunday, 10:30pm on Astro Ria & Ria HD ! ❤️

    ReplyDelete
Previous Post Next Post