Kalau Sebelum ini rekod untuk jambatan terpanjang di dunia dipegang oleh jambatan ponchartrain di New Orleans dengan panjang sejauh 38Km. Tapi baru-baru ini di China, sebuah JAMBATAN dan terowong sepanjang 55 kilometer yang menghubungkan Hong Kong dan China telah dibuka dan dirasmikan selepas ditangguhkan selama beberapa tahun.
Jambatan HKZM telah di lancarkan
Kenapa ia dibina? Sudah tentu untuk menjimatkan masa. Sebelum ini, perjalanan di sekeliling delta itu mengambil masa kira-kira empat jam, namun dengan pembinaan jambatan baharu itu, ia akan menjimatkan masa selama 30 minit.
1. Hong Kong - Zhuhai - Macau
2. Kejauhan Berganda
Ia adalah 20 kali ganda lebih panjang daripada Jambatan Golden Gate di San Francisco.
3. Asas Binaan
Struktur itu direka untuk menahan gempa bumi, taufan bermusim yang melanda rantau terbabit selain insiden dilanggar kapal secara tidak sengaja.
4. Dibenamkan Bawah Laut
Bagi membolehkan kapal melalui muara, jambatan tersebut dibenamkan sedalam 6.7 kilometer di bawah laut melalui dua pulau buatan.
5. Melintasi Laluan Pesawat
Projek itu juga melintasi laluan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Ia bermakna, jurutera perlu mengambil kira had ketinggian.
6. Ditangguhkan Beberapa Kali
Projek pembinaan itu bermula pada 2009, namun ditangguhkan beberapa kali atas alasan masalah kos, dakwaan kegiatan rasuah dan kematian sejumlah buruh yang terlibat. Ia juga melangkaui bajet beberapa kali dan menelan kos lebih AS$20 bilion (RM83.2 bilion).
7. Sudah Lama Dibuka
Tarikh asal pembukaannya adalah pada 2016.
8. Tertakluk Pada Undang-Undang
Jambatan itu menghubungkan tiga bahagian berbeza di China yang bermakna projek itu merangkumi pelbagai undang-undang dan sistem politik berbeza. Bahagian utama jambatan tersebut terletak dalam kawasan tanah besar China dan kesemua pemandu Hong Kong perlu mematuhi peraturan serta undang-undang China.
Penduduk Hong Kong hanya diluluskan lesen untuk masuk ke wilayah Zhuhai jika mempunyai kelayakan seperti memegang jawatan sebagai penjawat awam di China dan menjadi penyumbang besar dalam kebajikan di wilayah Guangdong.
9. Projek Mega Kedua
Binaan itu merupakan projek infrastruktur kedua terbesar yang menghubungkan Hong Kong dengan tanah besar China selepas pelancaran kereta api berkelajuan tinggi pada bulan lalu.
High Speed China Train
10. Dirasmikan Presiden China
Presiden China, Xi Jinping merasmikan upacara pembukaan jambatan tersebut pada 23 Oktober 2018.
Presiden China, Xi JinPing merasmikan Jambatan
Hebat ye China boleh siapkan projek mega sebesar ni!
Macamana la perjalanan nya menyusuri jambatan ni ye...Ada lalu bawah laut, timbul pastinya pengalaman yang pelbagai.
Baca Juga : 10 Jambatan Paling Popular Di Dunia
Baca Juga : 15 Jambatan Paling Menggerunkan Di Dunia
Baca Juga : 10 Jambatan Terpanjang Di Dunia
Sumber: BBC