10 Biodata Peserta Da'i Musim 6 (2018) Pendakwah Nusantara Kembali dengan Pengetua Baru

Program realiti keagamaan, Da'i kini kembali dengan musim terbaharu mulai hari ini, 20 Julai di TV3. Da’i musim ke-enam ini akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada tarikh siaran baharu iaitu setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

 Da'i Pendakwah Nusantara Musim 6 (2018) kembali 

 
Untuk Da'i musim keenam ini, selain menampilkan 10 peserta baru yang hebat-hebat, ia turut juga memperlihatkan barisan pengetua dan tenaga pengajar baharu iaitu Dato’ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh sebagai Mursyid, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebagai Murabbi.


Peserta musim 2018 ini lebih menarik kerana peserta Da’i kali ini mempunyai latarbelakang pendidikan yang tidak hanya terhad dalam bidang agama sahaja, malah mereka terdiri daripada latar bidang seperti Perakaunan dan Sains Tulen.

1. Da'i Adam


2. Da'i Amirul


3. Da'i Danial

  
4. Da'i Hafiz



5. Da'i Haziq

  
6. Da'i Imran



7. Da'i Syahmi


8. Da'i Wafi


Daripada 10 senarai peserta Da'i musim keenam (2018) ini, hanya dua peserta adalah peserta wanita, iaitu Da'i Raisyah dari Ipoh, dan Da'i Syazwani dari Sik. Masing-masing berusia 18 dan 21 tahun. 



9. Da'i Syazwani

  10. Da'i Raisyah

Da’i musim ke-6 sekali lagi ditaja oleh Almas Beauty & Health selaku penaja utama. Ia akan menampilkan dua juri utama yang disandang oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Untuk Da'i musim keenam ini, para peserta akan dinilai berdasarkan:
  • Juri Tetap (80%)
  • Pengisian Al-Quran & Hadis (30%)
  • Gaya & susunan isi (30%)
  • Kreativiti persembahan (20%)
  • Murabbi (20%) 


----------------------------------------------------

Grand Finale

Pada 28 September 2018, Telah berlangsung malam Grand Finale Da'I Musim 6 menyaksikan 3 finalis itu diuji dengan dua segmen iaitu tazkirah berkonsepkan isu ilmiah berganding dengan selebriti iaitu Ashraf Muslim, Elly Mazlein dan Naim Daniel.

Manakala bahagian kedua adalah tajuk pilihan sendiri dan mereka wajib bertaranum sebelum memulakan penyampaian.

Pentas akhir itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Tomok, Aizat Amdan dan Azmi Caliph Busker.


  
Pemenang Tempat ketiga - Da'i Haziq

Da’i Haziq yang mempertaruhkan persembahan berjudul Haiwan Berhak Hidup dan Intelektual & Ulama’ pula terpaksa berpuas hati di tempat ketiga sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM2,000 serta produk Almas tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd.


 
Pemenang Tempat Kedua - Da'i Imran

Da’i Imran yang membawakan persembahan berjudul Agihan Zakat dan 26 Hari Tanpa Peperangan diumumkan sebagai pemenang tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, satu tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health Sdn.Bhd. berserta sebuah trofi.

 
Pemenang Utama - Da'i Adam

Peserta mualaf berasal dari Ranau, Sabah iaitu Muhammad Adam Muhibullah Abdullah muncul sebagai juara program Da'i Pendakwah Nusantara musim keenam - membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM60,000, dua tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. berserta sebuah trofi.

 
Tiga peserta akhir bersama hadiah kemenangan masing-masing.


Ikuti Pautan ini untuk lihat peserta Da'i Musim Terdahulu








Tahniah Diucapkan kepada semua pemenang - Teruskan berdakwah 

Kredit : TV3 Malaysia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post