8 Biodata Finalis Da'i Pendakwah Milenia Musim 2 (2014) Penggerak Revolusi Dakwah

Program keagamaan TV3 yang telah berjaya memartabatkan status pendakwah milenia iaitu Da’i bakal kembali untuk musim kedua! Program realiti ini yang pernah menjadi perhatian masyarakat di Malaysia pada tahun lalu berjaya memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh seorang Da’i di zaman yang penuh cabaran ini.


Klik Sini 10 Biodata Penuh Peserta Da'i Musim 3 (2015) Pendakwah Milenia

http://selongkar10.blogspot.com/2014/08/8-finalis-dai-pendakwah-milenia-musim.html

Da’i musim kedua yang akan bersiaran pada bulan Ogos 2014 nanti bakal menampilkan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara program. Sementara itu, juara Da’i musim baru ini bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000. Selain wang tunai, pemenang juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah sampingan.
Daripada uji bakat Da’i musim kedua yang akan bermula pada 5 Mei hingga 29 Mei 2014 sambutan dan kualiti yang amat menggalakkan dari kalangan peserta. Jadi jom kita selongkar..
  
1. Da'i Nurul Amirah binti Mohd Azmi
20 Tahun, Selangor Darul Ehsan

ASAL : CHERAS, SELANGOR DARUL EHSAN
KURSUS PENGAJIAN: USUL & FIQH, YARMOUK UNIVERSITY, JORDAN
LATAR BELAKANG :
Datang daripada keluarga yang sederhana. Semasa sekolah sering mengikuti pertandingan syarahan dan forum agama peringkat negeri. Melanjutkan pengajian di Yarmouk University Jordan dann sekarang sedang bercuti Ramadhan sebelum menyambung semula pengajaan pada Oktober 2014. Seorang yang lemah lembut dan petah berkata kata persis Ustazah Siti Nor Bahyah.

Teruskan Selongkar...

2. Da'i Ammar bin Ismail
25 Tahun, Pulau Pinang

ASAL : TANJONG TOKONG, GEORGETOWN, PENANG
KURSUS PENGAJIAN: USULLUDDIN, UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN

LATAR BELAKANG :
Anak 3 daripada 6 orang adik beradik. Abang sulung dan kedua adalah OKU [PEKAK & BISU] serta adik yang bongsu juga OKU [DOWNSINDROM + JANTUNG BERLUBANG]. Merupakan harapan keluarga untuk mengubah taraf hidup di masa akan datang. Latar belakang pendidikan kesemuanya di maahad tahfiz sehingga tamat tingkatan 6.


3. Da'i Mohd Annas bin Khamis
22 Tahun, Perlis Indera Kayangan


ASAL : ARAU, PERLIS INDERA KAYANGAN
KURSUS PENGAJIAN : PENGAJIAN MEDIA & KOMUNIKASI, UiTM SHAH ALAM

LATAR BELAKANG :
Cucu kepada imam & kadi di Kampung Padang Siding Arau. Sering mengikuti urusan nikah kahwin bersama datuknya menyebabkan dia sudah sebati dengan perkara tersebut. Pernah bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai latar belakang yang agak nakal. Namun bersyukur dipertemukan dengan Jemaah dakwah yang banyak memberi bimbingan untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Aktif di dalam kumpulan Qasidah Nur Mahabbah TAHA di UiTM Shah Alam. Bertindak sebagai vokalis kumpulan


4. Da'i Nurul Dayana binti Mohd Zahari
18 Tahun, Kuala Lumpur 


ASAL : JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR
KURSUS PENGAJIAN: MECHATRONICS, GERMAN MALAYSIA INSTITUTE

LATAR BELAKANG : 
Pernah mewakili Malaysia untuk IEYI [INTERNATIONAL EXHIBITION YOUNG INVENTOR] di Thailand dengan membawa satu produk dan telah dipaternkan. Seorang yang kurang pandai berdikari namun mempunyai semangat untuk mendalami ilmu. Selepas SPM mendaftar di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat untuk mendalami ilmu Al Quran.

5. Da'i Mohd Elyas bin Yusoff
27 Tahun, Perak Darul Ridzuan 


ASAL : TAPAH, PERAK
KURSUS PENGAJIAN: SAINS DAN FALSAFAH, UNIVERSITI MALAYA

LATAR BELAKANG :
Anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Suka membaca buku buku berkaitan hokum agama dan novel sejarah Islam. Pernah melakukan pelbagai pekerjaan antaranya menjual kuih dan juga sebagai guru tadika di 2 buah sekolaha agama. Perwatakkan kelakar dan mudah bergaul dengan orang ramai. Semasa kecil sering dibuli oleh rakan rakannya namun mendapat keyakinan untuk tampil lebih berani apabila meningkat dewasa.

6. Da'i Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad
24 Tahun, Kelantan Darul Naim



ASAL : TANAH MERAH, KELANTAN
KURSUS PENGAJIAN: PENDIDIKAN ISLAM & PENGAJIAN AL QURAN,
UNIVERSITI MALAYA

LATAR BELAKANG :
Mendapat pengajian Al Quran dan bahasa arab di sebuah pondok di Kelantan. Pernah menjadi pemain penyerang bagi pasukan bola sepak Kelantan bawah 17 tahun pada 2007. Kini aktif sebagai motivator dan pendakwah sekitar Semenanjung Malaysia. Seorang yang lemah lembut dan sangat merendah diri.

7. Da'i Ahmad Izzhar bin Ahmad Nazri
22 Tahun, Selangor Darul Ehsan

Berasal dari Batu Caves, Selangor

LATAR BELAKANG :
Merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
Memenangi beberapa pertandingan pidato, debat dan forum di peringkat negeri dan antarabangsa Juga merupakan Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu di UPSI

8. Da'i Wan Dazrin bin Wan Din 
21 Tahun, Selangor Darul Ehsan
 

ASAL : KAPAR, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
KURSUS PENGAJIAN: KEWANGAN ISLAM, UIA GOMBAK, SELANGOR

LATAR BELAKANG :
Anak sulung daripada 4 adik beradik. Ibu bapa sudah pun bercerai dan kini kebanyakkan masa tinggal bersama ibu. Mendalami ilmu agama dan menghafal Al Quran selepas SPM. Seorang yang berdikarai dan berusaha sehingga mencapai apa yang diinginkan. Bersikap terbuka dan merendah diri.

Sebuah program pencarian pendakwah generasi muda memberikan sebuah tazkirah, ceramah atau motivasi dengan topik cara tersendiri, menarik dan penuh dengan pengisian (research), gaya serta penampilan diri yang unik dan menarik.

Bermula 15 Ogos Setiap Jumaat 9.00 mlm di TV3 

Program Da’i bakal bersiaran sebanyak 13 episod dan antara tugasan dan cabaran yang bakal dihadapi finalis adalah seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama, sehari bersama saudara baru dan banyak lagi yang pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah masing-masing.

http://selongkar10.blogspot.com/2014/08/8-finalis-dai-pendakwah-milenia-musim.html

......................................................

Malam Grand Final ~ Da'i Farhan muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da'i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

 
Farhan juara Da'i musim kedua.

Farhan bersama ibu dan bapanya yang datang dari Kelantan. 

Kemenangan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan lain.

Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Ammar dan Da'i Izzhar terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati berupa wang tunai RM5,000 setiap seorang dan hadiah sampingan

Da'i Farhan (Juara)

Da'i Ammar  (Saguhati)

Da'i Izzhar  (Saguhati)
Pertandingan akhir itu dimulakan dengan alunan merdu para finalis mempersembahkan bacaan lagu Asmaul Husna. Ia dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.

 
NIK Ahmad Farhan (tengah), Ammar (kiri) dan Izzhar bersama piala yang dimenangi mereka. - Foto Munira Abdul Ghani

Tiga finalis tersebut diuji dengan tiga segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama empat minit menerusi soalan dilontarkan oleh selebriti jemputan seperti Beego, Fattah Amin, Amar dan Issey.

Manakala pada segmen kedua mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri dan seterusnya tazkirah selama tiga minit secara spontan.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran juara Da'i musim pertama, Nor Abidah Rozain yang menyampaikan tazkirah istimewa dan persembahan nasyid daripada Azhari (Nowseeheart) dan kumpulan Algebra.

Tahniah Diucapkan kepada semua Peserta dan pemenang.

Ikuti Pautan ini untuk lihat peserta Da'i Musim Terdahulu



Untuk Maklumat Lanjut mengenai Da'i Musim kedua boleh berkunjung ke.
Twitter : https://twitter.com/hashtag/daiTV3 
Facebook : https://www.facebook.com/DaiPendakwahMilenia
Laman web : http://www.tv3.com.my/dai/ 

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. oh baru saya tahu.. senarai peserta dai musim ke2 haritu..
    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  2. Kes Da'i farhan kahwin janda Kaabah bring me here.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post