25 Pickupline Terkini Terbaik Dari Ladang Buat Si Dia Berbunga-Bunga

Pikapling terkini untuk membuatkan suasana wangi seketika. Semakin hari semakin menjadi pikapline ni, ada kes anak murid bagi guru pikapline, ada rancangan tv show buat pikapline pada artis wanita lah,malah turut dijadikan tema dan bahan dalam persembahan atau show di kaca tv.

Gambar Hiasan 

 Ibarat bahan hiburan santai yang membuatkan suasana menjadi berbunga-bunga apabila diungkapkan. Begitu power penangan pikapline ni kan.

Jadi jom kita selongkar antara pikapline menarik terkini buat dia berbunga-bunga.

1. Awak kalau kayuh basikal perlahan² ye
Kenapa?
Nanti awak pelahan² masuk dalam hati saye

2. "Awak ni atlet ke?"
Tak la, kenapa
Dari dulu saya cuba nak kejar awak tapi tak dapat-dapat..

3. Excuse me..Awak ni architect ke?
Tak, kenapa
Sebab pandai awak bina istana cinta dalam hati sy..

4. Apa beza awak dengan laut?
Apa Dia?
Laut ada ikan yu,
Awak I Love You

Photo : Muhammad Faiz Zulkeflee
 
5. Mulai sekarang saya tak mahu jadi Cikgu lagi
Habistu nak jadi apa?
Saya mahu jadi petani je
Kenapa mahu jadi petani?
Supaya saya boleh menanam cinta di hati awak!

6. Tahu apa beza awak dengan jerebu?
Tak tahu
Jerebu masuk hidung saya,
Awak masuk hati saya

7. Kalau awak tutup mata awak nampak apa?
Gelap, Kenapa!
Macam tu lah hidup saya tanpa awak

Gambar Hiasan  

8. "Awak tahu tak organ paling penting
utk saya?"
"Apa?"
"Hati"
"Sebab apa?"
"Sebab ada awak disitu"

9. Kalau saya jadi superhero, Saya tak tak Nak Superman
Habistu Nak Jadi Apa?
Saya Nak Jadi YourMan

Gambar Hiasan : Pixabay

10. Awak tudung awak Cantik, Tapi Sayang!
Sayang Kenapa?
Akhirnya awak panggil juga saya sayang

11. Awak Apa beza awak dengan Camera?
Tak tau Apa?
Kamera Simpan Memory di SD Card, Tapi awak Tersimpan di Hati Saya

Gambar Hiasan : Pixabay

12.  "Awak nak burger?"
"Burger ape?"
"Burger lah (bergelar) isteri saya...?"

13. Awak tahu tak kenapa air laut masin?
Kenapa?
Sebab Manisnya ada kat awak

14. Awak, rumah apa yang paling indah?"
"Rumah banglo?"
"Salah,. Rumah paling indah adalah rumahtangga yang bakal kita bina.

15. Kenapa ye? sejak saya kenal awak saya cuma tahu hanya satu musim je dalam dunia ni"
"Musim ape?"
"Musim rindu..

Gambar Hiasan : Pixabay

16. "Tumpang tanya, saya baru lagi kat sini. nak Tanya direction"
Yer, Nak Pergi Mana?
Boleh tak bagi direction jalan nak pergi ke hati awak?"

17. "Betulkah awak duduk Klang?"
"Ye, kenapa?"
"Patutlah hati saya Klang kabut tengok awak"

18. "Cuba teka, Kalau dulu berat saya 60 kilogram, sekarang?"
"65?"
"Salah. Sekarang saya berat nak lupakan awak."



19. "Makanan hari ni biar saya yang bayar."
"Eh, mengapa pula. takpela saya yang patut bayar."
"Takpe hari ni saya bayar. Duit awak tu simpan untuk belanja majlis perkahwinan kita nanti"

20. Awak Ada Pelampung Tak
Sebab saya takut tenggelam dalam hati awak.


21. "Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling kuat?"
"Kuda lumba, kuda kepang?"
"Salah"
"Habis tu?"
"KUDApat hatimu dan ku simpan di dalam hatiku"

22. "Awak, saya gemuk tak?"
"Tak la"
"Tipu. Saya gemuk!"
"Ye awak gemuk, Walaupun awak gemuk tapi awak tetap muat kat hati saya."

23. Awak, Nak tanya satu soalan matematik ni!
Apa dia?
Boleh tak awak gantikan X saya and don't ask Y?"

24. "Awak ni sama macam dodol la"
"Kenape pulak?"
"Sebab saya suka kacau awak.."


25. "Banyak-banyak air tin, air ape yang paling asyik?"
"Coke? Pepsi?"
"Salah!"
"Habis tu?"
"Air tin king (thinking) of you everyday.."

26. Awak, setiap hari saya tengok awak, awak tu ibarat 13456789
Apa tu?
Tak ada 2 nya :)

Enjoyyy

Tak puas dengan pikapline di atas, jangan lupa klik pickupline yang lain

Klik Sini : 25 Pikapline Terbaik Dari Ladang

Klik Sini : 21 Pickupline Nenek Untuk Cucu

Klik Sini : 35 Ayat Pickupline Untuk Mengorat

Klik Sini : 25 Seleksi Pickupline Puasa Ramadan

Klik Sini : 40 Koleksi Pickupline Raya Aidilfitri

Klik Sini : 15 Pickupline Merdeka Untuk Tawan Hati Dia

Klik Sini : 24 Pickupline Medik Untuk Rawat Si Dia

Sekian. Jangan lupa share like dan komen.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post