Resipi Roti Boy Perisa Kopi Ekspress Guna Roti Putih Je Pun Jadi

Pagi ni yg cepat & simplebuat roti boy express guna roti putih gardenia
 

Bahan² utk toppingnya  
  • 100g butter 90g gula castor / brown sugar pon ok 
  • 1 biji telur 100g tepung gandum 
  • 1 sachet 3 in 1 nescafe + 1 sudu kecik serbuk kopi @ nescafe ( bancuh ngan 1 sudu besar air panas ).
  • Roti putih ( potong tepi² nya )....sapu butter di atas sekeping roti & letak sekeping lagi yg kosong di atasnya. Potong 2....paipkan topping tadi ke atasnya & bakar lah dlm af.

Cara²nya 
Gaul gula & butter sampai sebati & gula hancur. 
Pastu masukkan telur & pukul lagi sehingga sebati. 
Tuang bancuhan kopi tadi & gaul lagi.
Akhir sekali masukkan tepung & gaul sehingga rata & jadi adunan yg cantik...tak pekat & tak cair. Siap...boleh masukkan ke dlm piping bag utk mudah nk paipkan ke atas roti.
 

Kukuskan roti di dalam pengukus
dengan Suhu 180°C  Masa 8 minit 

 

Selepas 8 Minit, Siap untuk dihidang.


Cuba belah tengah tengok creammyyy


Selamat mencuba!

Sumber: Syana Anuya Manmad

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post