Belasungkawa, Artis Malaysia Yang Meninggal Dunia 2023

Belasungkawa, Selebriti tempatan yang meninggal dunia di tahun 2023

Mael XPDC
Penyanyi kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC meninggal dunia di Hospital Muar sekitar jam 9.30 malam tadi (Khamis, 27 April)



Ridzuan Hashim
Hilangnya sebutir bintang, pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari. Salam takziah buat keluarga dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.



Jeff Hassan
Pelakon Gerak Khas, Jeff Hassan meninggal dunia Arwah yang berusia 56 tahun meninggal kira-kira pukul 2.25 pagi di Hospital Segamat, Johor akibat serangan jantung. Tak sampai 24 jam, kedua² pergi meninggalkan kita. Al-Fatihah.


Wahid Satay
Pelakon dan pelawak veteran Wahid Satay dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Singapura pada jam 8.30pagi isnin. Berita pemergian pelakon berusia 93 tahun itu disahkan oleh cucunya iaitu Mahirah Mohd Yasin yang memberitahu Allahyarham ditemui dalam keadaan sudah tidak bergerak di atas katil.



Rohana Jalil
Artis veteran tanah air, Rohana Jalil, 68, dilaporkan meningggal dunia pada jam 11.33 malam, Selasa. Berita duka tersebut disahkan rakan seperjuangannya, Haiza. Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Rohana dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Bad Indigo
Badrul Izhan Yeop Abdullah (Bad Indigo) telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Oktober 2023. Salam takziah buat keluarga arwah.




Zack Idris
Pelakon era 1990-an, Zack Idris meninggal dunia. Zack atau nama sebenarnya Mohd Idris Zakaria berusia 53 tahun.

 


Raymond Goh
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Penyampai berita Nightline, TV3, Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh meninggal dunia.

 

Badrul Muhayat

Salam takziah. Dunia hiburan negara dikejutkan dengan pemergian pelakon Badrul Muhayat pada usia 55 tahun di sebuah inap desa di Pulau Pinang


Tia Jinbara
Bekas vokalis kumpulan rock tanah air Jinbara, Tia atau nama sebenar Shamsul Bakhtiar Zakaria, meninggal dunia sekitar jam 9.17 malam Rabu. Berita duka pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.

 

Shuhaimi Saad
Bekas ahli nasyid kumpulan In-Team Shuhaimi Saad meninggal dunia setelah 6 hari dimasukkan ke hospital.
 


Datuk M Daud Kilau
Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak. Menantunya, Hassan Ahmad, mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa bapa mertuanya itu sememangnya sudah lama menderita dengan pelbagai komplikasi penyakit.



Salam takziah, buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Perginya sebutir bintang yang bersinar pada waktunya.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post