Keputusan Penuh Pemenang Hero Dewi Remaja 2023, Hero Dewi Favourite, Best Duo Chemistry Jatuh Kepada...

Malam kemuncak pencarian Hero Dewi Remaja 2023 telah berakhir pada Jumaat Malam 30 Disember bertempat di CIBD Convention Center Kuala lumpur telah menjadi saksi Aiman Ameer & Nurel dipilih sebagai pemenang.


Aiman atau nama penuh Aiman Ameer Che Kamarudin, 23 dan Nurel atau nama penuh Nurelyana Baharin, 21 dari Sarawak membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi dan selempang Hero Dewi Remaja 2023.


Setelah bersiaran selama 8 episod, pentas akhir itu dihoskan oleh Fazziq Mukhriz & Hawa Rizwana serta diadili juri profesional Scha Al Yahya, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim. Kemenangan peserta dari Johor dan Sarawak itu sekaligus mengenepikan 10 finalis lain yang berentap merebut gelaran Juara.

Keputusan Penuh pemenang pada malam kemuncak Pencari Hero Dewi Remaja 2023.

Juara Hero Remaja : 
Aiman Ameer Bawa pulang wang tunai RM10,000




Tempat Kedua : 
Fitri Bawa pulang wang tunai RM7,000



Juara Dewi Remaja : 
Nurel Bawa pulang wang tunai RM10,000


Tempat Kedua : 
Arabella Bawa pulang wang tunai RM7,000



Hero Inspirasi Yaya Empire : 
Aiman Ameer Bawa pulang kontrak bernilai RM20,000 bersama penaja Yaya Empire


Dewi Inspirasi Yaya Empire : 
Adrina Bawa pulang kontrak bernilai RM20,000 bersama penaja Yaya Empire.


Best Duo Chemistry : Jay Iskandar & Arabella Bawa Pulang RM1,000 


Hero & Dewi Favourite : Razin Qidran dan Nurel Bawa Pulang RM1,000









Tahniah kepada semua peserta dan kesemua 16 peserta Hero Dewi Remaja 2023.

Pentas Akhir #HeroDewiRemaja2023

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post