10 Makanan Viral Sepanjang Tahun 2023 Di Malaysia, Ummm Sedapnya!

Jom kita selongkar 10 jenis makanan viral sepanjang tahun 2023. 


1. Kuih Kaswi Pandan
Kalau sebut pasal kuih Kaswi pasti terbayang kuih kaswi berwarna hitam dan bersalut dengan kelapa. Tapi kuih Kaswi Pandan ini berbeza bentuk dan rupanya kerana ianya berwarna hijau dan berbentuk bunga.

Hidangan kuih ini banyak dijadikan hidangan buat farewell rakan sekerja di office dan dijual dengan meriah suatu ketika dulu.
 

2. Fruit Roll Up
Fruit Roll-Up adalah makanan ringan yang diperbuat daripada jus buah-buahan sebenar dengan pelbagai perisa yang lazat. Dibuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi, Roll-Up Buah-buahan memberikan pengalaman rasa yang lazat dan menyegarkan. 

Jus buah-buahan sebenar yang digunakan dalam membuat Roll-Up Buah-buahan menyediakan nutrien dan vitamin penting untuk badan. Dengan rasa yang manis dan segar, Fruit Roll-Ups sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


3. Tanghulu
Tanghulu, juga dikenali sebagai “buah hawthorn bersalut gula,” ialah makanan jalanan Cina yang popular yang terdiri daripada lidi buah bergula. Ia dibuat dengan mencelup lidi buah segar dalam sirap gula panas, yang mengeras menjadi cangkerang rangup yang tidak dapat ditolak.


4. Roti Kapas Melimpah
Roti kukus yang dijual di Roti Wap Bangi sangat popular sehingga habis dalam masa kurang 3 jam, dan anda boleh menjamin anda akan beratur panjang.
 

5. Donut Peach
Sekali dengar ingatkan kuih donut.. Rupanya bukan sejenis goreng-goreng tapi adalah sejenis buahan segar yang harganya agak kayangan.

 

6. Kopi Gantung Perlis
Kedai kopi gantung’ ikat tepi yang dijual di tepi jalan tumbuh bagai cendawan selepas mendapat sambutan cukup hebat.

 

7. Chili Butter Clams With Mantou Bun
Terigin nak makan clam. Nak masak sendiri macam di restoran. Dimakan pula dengan roti mantaou yang gebu memang feel kayangan.
 

8. Kek Tapak Kuda
“Kek Tapak Kuda mmg Sedap! Bila ngap je terus rasa mcm tgh bermimpi.Kek lembut dan cair di mulut dengan bermacam-macam perisa ada, Extra feel bila mkn sejuk2! Superb.. Craving satisfied!"
The best dessert with full filling ever katakan.

Viral di tikTok sehingga misi mencari keranjang kuning asyik tergendala.


9. Jelly Ball Pelangi
viral manisan bebola berwarna warni sehinggakan banyak kedai di tepi jalan turut menjual makanan ini.

 

10. Cromboloni
croissant berbentuk bulat yang disumbat dengan inti yang kaya & berkrim. Makanan yang nampak mahal versi upgrade daripada versi Bomboloni sebelum ini.


Sedapnya...nampak makanan-makanan ini cair di mulut. tetiba craving pula dibuatnya.

mana nak cari.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post