Senarai Penuh Pemenang Family Duo Musim 3 (2023) Juara Milik Sharif & Saiful Zero

Dinobat sebagai juara dengan memperoleh markah keseluruhan sebanyak 81%, duo beradik ini membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Bertemakan berkumpulan atau duet popular, Sharif dan Syaiful mendendangkan lagu Kong Kali Kong nyanyian asal Namie dan Floor88.

Manakala segmen kedua menyaksikan pasangan duo ini menyampaikan lagu medley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah. Apa yang mengejutkan, kedua-dua persembahan Sharif dan Saiful pada malam final Famili Duo menerima markah perfect 10 daripada juri tetap.

Pasangan duo yang turut bertanding di pentas akhir Famili Duo Musim Ketiga adalah Haqiem Rusli & Ariff Bahran dan Adira & Emma Suhaimi.





 
Penonton turut dihiburkan dengan persembahan Syamel dan Ernie Zakri manakala Janna Nick dan Izzue Islam bertindak sebagai pengacara

Pemarkahan peserta ditentukan juri tetap iaitu Mas Idayu dan Ajai dengan nilai markah 70 peratus manakala baki adalah menerusi undian atas talian penonton.


 

FD3 turut membariskan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu); Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri); Ryan Bakery dan Adam (Duo Adik Beradik) serta Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post