Maksud Klasifikasi Filem U, P13, P16, 18 Di Malaysia

Maksud Klasifikasi P12, P13 Dalam Filem Di Malaysia

Klasifikasi Filem Terdahulu


Pengkelasan filem diperkenalkan pada tahun 1953 yang mengkelaskan filem kepada dua kategori iaitu Untuk Orang Dewasa Sahaja dan Tontonan Umum.

Mulai tahun 1996 pengkelasan berubah kepada U dan 18. Klasifikasi 18 dibahagikan pula kepada 4 kategori kecil seperti berikut:

18SG
- mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan

18SX
- mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan

18PA
- menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik

18PL
- mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di atas iaitu ganas, seram dan seks


Pada April 2010 pengkelasan filem berubah kepada U, PG13 dan 18. Seterusnya pada Januari 2012 pengkelasan berubah kepada seperti diguna pakai sekarang iaitu U, P13 dan 18.

KLASIFIKASI FILEM

Pada masa ini filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem dikelaskan kepada tiga kategori iaitu U, P13 dan 18. Penjelasannya adalah seperti berikut:

U
- Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Filem memaparkan nilai-nilai murni, kesopanan dan memberi pengajaran positif serta menghiburkan.

P13
- Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

18
- Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan; adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya.


Klasifikasi Filem 2023


P12
P12 ditetapkan bagi semua penonton peringkat umur dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton berusia di bawah 12 tahun.

P13
klasifikasi bagi penonton yang berumur 13 tahun ke atas

P16
penonton berumur 16 tahun ke atas.

kategori U
(penonton semua peringkat umur)

18
penonton yang berumur 18 tahun ke atas

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post