11 Jenis Perangai Officemate Di Tempat Kerja, Macam-Macam Hal

Jenis-jenis kawan yang wujud kat tempat kerja: Dia samada 2 jenis, tengok tempat kerja tu korang suka atau tidak. Jadinya boleh panggil coworkers atau kawan.


1) Tak ambil port: Ada 2 jenis-sorang tak suka ambil tahu hal remeh temeh masalah/gossip kwn sekeliling. Sorang lg, bila bos/management umum ada mesyuarat&ada perubahan dlm hal Ehwal kerja dlm company tu, samada dia mengelamun atau lupa. Jdnya bila saat genting, dia akan tanya kwn2. 2) Malas nak belajar/majukan diri -jenis ini, biasanya kata, kita tak tahu lah..malas lah kita..serba serbi tak tahu, padahal sudah kerja lama bertahun2..org yg baru kurang berapa tahun drpd kerja dia, lebih tahu kerja yg di buatnya drpd org tu sendiri. Ini biasa terjadi bila kerja tu melibatkan customers/clients 3) Busy body -hal kita dia nak tahu saja, hal diorg2 tahu pula di sorok2nya.
4) Suka mencari salah. -ini kalau salah org lain atau org tertentu yg dia target tu, org yg sama saja dia suka cari salah, salah dia sendiri atau org lain yg salah tak nampak, buat2 tak nampak. Org lain&dia buat boleh, bila kena pd diri kita semua tak kena, itu salah ini salah. Ini biasa jd pd pegawai&bos. 5) Moody -ini pula ada jenis yg ikut mood, ada yg morning heater, pg2 jgn lah tanya soalan dekat dia, memang panas hati saja. Kena tanya waktu tengah hari atau petang. Senang cerita lain session. Ada juga mood pg dia okay, tengah hari dia out. Petang elok balik. Ada juga yg sepanjang hari itu dia moody sebab pg2 dia stress. Yg ini kuat angin. Korang kena tahu teknik bila nak berckp dgn org tu. 6) Diehardfan akan kipas susah mati -yg ini suka mengampu/kipas bos. 7) Gossip&suka berckp sepanjang hari tp kerja tak jln sgt. -ini bila masa pula dia buat kerja, kerja tak siap2 lg. Tangan jln buat kerja sgt. Bos pula mcm tak nampak saja org mcm ini, tp bos nampak org lain yg tak buat kerja sgt. 8) Suka cari pasal -jenis ini suka menyusahkan org lain. Kerja banyak tak siap, tak tahu dia buat apa. Bila dia cuti, org lain kena cuci kerja dia. Bila org lain cuti, dia tak nak pun buat kerja org lain tu. Tp cuti nak banyak pula tu lebih2 lg kalau ada cuti kait2 hari&cuti perayaan.. Tak ada give & take. 9) suka update status -yg ini bila tak puas hati dgn bos&kwn sekerja dia, kejap lg dia update terus selalu status kata mcm2. Yg ini stabbed back punya org. 10) suka main telefon tp kerja tak buat sampai habis. -kerja tu sampai tertunggak sampai seminggu. Bukan nak di habiskan. Padahal boleh saja selesai dlm 1 hari. 11) Suka berniaga & cari side income. -yg ini pula sama dgn no 10 tu. Org lain pun pulun cari side income juga, berniaga juga, tp kerja jln sampai habis. Tp kerja dia tak habis2, berderet2 sampai berminggu.
 
1. Kuat sentap 2. Cakap non-stop 3. OTW nak resign 4. Selalu penat 5. Tak amik port 6. Tak penah kalah 7. Tak penah salah 8. Selalu lapar.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post