12 Peserta "Otai" Berentap Sebagai Finalis Kilauan Emas 2024

Program realiti tv nyanyian Kilauan Emas kembali setelah hampir 7 tahun menyepi, membawakan nafas baharu dengan tema "Otai Kembali Berbisa" yang memberi ruang dan peluang mengetengagkan bakat terpendam otai-otai veteren diluar sana dalam bidang nyanyian.


Seramai 12 orang peserta solo yang telah disenarai pendek sebagai finalis terdiri daripada sesi ujibakat yang berlangsung di SACC Mall Shah Alam pada 3 dan 4 Ogos 2024. Mereka yang berasal dari seluruh Malaysia berusia antara 46 tahun sehingga 68 tahun iaitu peserta paling senior untuk musim ini.

Senarai 12 Finalis Kilauan Emas 2024

1. MARIA
Nama: Mariani Mustafa @ Mamat
Asal: Setiu, Terengganu
Pekerjaan: Busker


2. WAN
Nama: Ridzuan Bin Yusof
Asal: Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Pekerjaan: Pegawai Imigresen


3. SUE
Nama: Sueneata Bt Hamzah
Asal: Ulu Kinta, Perak
Pekerjaan: Tukang Jahit



4. BALQIS
Nama: Bulqis Bt Sadak
Asal: Telipuk, Sabah
Pekerjaan: Peniaga Sambal



5. DINO
Nama: Shamsuddin Bin Md Ali
Asal: Kulim, Kedah
Pekerjaan: Pesara Pdrm



6. GIE
Nama: Roziah Binti Abd. Hamid
Asal: Mersing, Johor
Pekerjaan: Suri Rumah




7. SIDI
Nama: Marsidi Bin Mansor
Asal: Alor Setar, Kedah
Pekerjaan: Inspektor Penjara, Jabatan Penjara Malaysia



8. INA
Nama: Nur Fadhlina Binti Ismail
Asal: Georgetown, Pulau Pinang
Pekerjaan: Pegawai Perhubungan Awam (Msu)



9. RON
Nama: Noor Anizah Binti Abu Hassan
Asal: Malim Nawar, Perak
Pekerjaan: Peniaga Sate



10. BUDIN
Nama: Mohamad Shabuddin Bin Sehu Mohamed
Asal: Georgetown, Pulau Pinang
Pekerjaan: Peniaga Pakaian


11. ATIE
Nama: Mahzuriyati Bt Abd Malek
Asal: Jelebu, Negeri Sembilan
Pekerjaan: Peniaga Online



12. HAMID
Nama: Hamidon Bin Abdul Karim
Asal: Ipoh, Perak
Pekerjaan: Pemandu Lori


Pengacara
Kilauan Emas 2024 digegarkan oleh penampilan Kak lina Pom Pom selaku pengacara utama, disamping pelawak dan pelakon Joey daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.

Juri
Bangku Juri musim ini mengekalkan Legenda Erra Fazira dan Dato' Hattan Sebagai Juri tetap disamping pelawak terkenal Roy Azman Yang bakal menyerikan lagi setiap episod.


Cara Pemarkahan
Persembahan setiap peserta Kilauan Emas akan diadili secara 70% markah daripada panel juri profesional, 20% daripada juri awam yang merangkumi markah penonton undangan dan 10% markah daripada undian penonton di rumah menerusi laman web Astro Gempak.

Hadiah
Juara Kilauan Emas akan membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.


Waktu Siaran
Kilauan Emas 2024 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam selama 8 minggu bermula 14 september 2024, setiap Sabtu jam 9.00malam dipancarkan terus menerusi saluran Astro Prima (105). Juga boleh distrim menerusi OnDemand Di Astro Ultra / Ulti Box, Aplikasi Astro Go dan Sooka.

 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post