Perkongsian Seorang Bapa Yang Mengenakan Undang-Undang Dirumah Buat Anak-Anaknya

Pepatah ada mengatakan, Melentur buluh biarlah dari rebungnya yang mana membawa maksud, Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. Apabila sudah terlajak dewasa mahu dilentur pun sudah begitu keras dan sukar.

Menarik sebuah perkongsian di laman Facebook, seorang bapa mendidik anak-anak dirumah dengan mengenakan undang-undang. Bukanlah undang-undang untuk menghukum tapi lebih kepada mendidik mereka menjadi seorang yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab tentang kehidupan.

Di rumah saya, anak-anak kena ikut undang2.


 
1. No phone on weekdays.
 
2. TV hanya boleh tengok selepas kerja sekolah dah siap. Limit 1 jam. Tapi kalau bapak nak tengok TV, kena ikut bapak.
 
3. Phone hanya boleh main on weekend . Tapi dengan syarat kena gotong royong 5S rumah.
 
4. Toilet kena cuci, bilik kena kemas, ruang tamu ruang makan kena bersih, kena sapu dan vakum seluruh rumah. Baru boleh dapat phone atau tengok TV.

5. Trick dia adalah on weekend saya penuhkan aktiviti. Hantar kelas seni, kelas muzik, kelas silat.
 
6. Jadi on weekend hanya tinggal 1 hari sahaja. Tu pun saya akan ajak anak2 keluar, jadi masa dengan phone akan lagi kurang.

7. Phone tak boleh main dalam bilik. Kena main di ruang tamu.
 
8. Rule memang nampak tegas. Tapi kadang2 ada tolak ansur jika anak ada buat something 'remarkable' on that day.

9. Kadang2 bagi rewards sebab berjaya tahan tak main phone dengan bagi makan something special. Special dekat sini bukan bererti mahal. Dapat makan aiskrim, dapat makan mee goreng, ayam goreng KFC pun seronok tak kira dah.
 
10. Rotan sentiasa ada tergantung dalam bilik. Jarang guna tetapi bila buat gaya nak pi ambil rotan, anak dah takut dah.
 
11. Biar nampak macam kejam, tapi yang bertanggungjawab nak jadi apa dengan anak2 nanti adalah saya.

12. Setakat sekarang, kalau saya jegil mata minta phone, diorang akan terus bagi. Sebab diorang tahu, kalau melawan sama ada phone tu akan bersepai, atau rotan akan melayang atau no phone + TV selama seminggu. Kalau berani, cuba lah.

Perkongsian daripada Naz Nazirul Muzammil II

Kesimpulannya adalah pembentukan attitude

p/s : Good planning. Melentur buluh biar dari rebungnya. Saya sediakan buku 555 bagi 3 anak rekod duit saku. Sunday night mak akan audit. Bersyukur skrg 3 anak pun dah bekeluarga dan sangat berhati2 dari segi kewangan.

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post