Poster Retro "Selamat Datang Ke UM" Ini Mengimbau Nostalgia Pertama Kali Belajar Komputer

Universiti Malaya

Selamat datang ke Universiti Malaya, pelajar baharu sesi 2024/2025!

Tahniah atas kejayaan melangkah ke salah satu institusi terulung di Malaysia. Selamat menikmati kehidupan kampus, dari sesat di Fakulti hinggalah 'assignment last minute' (kami semua pernah laluinya). Yang penting, nikmati perjalanan ini sebab kisah anda di UM nanti akan jadi kenangan manis yang takkan dilupakan! #jejakmemori




Jika dilihat dari sudut alignment & composition, designer poster ni masih menjaga vertical spacing yang konsisten antara text iaitu sebanyak 70 pixel.
Body text juga dilihat align to middle dengan kemas (kotak merah muda) dengan spacing 108 pixel di kiri dan kanan.
Hanya pada bahagian bawah iaitu line socmed dilihat tak align to middle.
Sebenarnya keseluruhan design poster ni dibuat dengn baik dan kemas.
Mungkin temanya "saya budak baru belajar" pada effect text.
Kalau betul telahan saya, memang genius idea poster ini!
Kredit: Asrul Shamri
#ohmedia #um #aa







Kalau lihat posting asal UM..ada dinyatakan sumber inspirasi poster tersebut iaitu dari page Universitas Indonesia



Poster ini bertujuan utk kembalikan Nostalgia kepada ex Students tak kira students mana2 Sebab biasanya design mcm inilah mula2 students akan guna utk 1st time submitting assignmentsKenangan Manis tu

Setuju sangat2..Kami tergelak sbb mengimbau kenangan betul..igt zaman mula2 belajar komputer..1st time pegang keyboard.dapat pulak cikgu yg garang..nangis di buatnye.bila dapat buat wording mcm tu,rasa 'WOW'..aku hebat rupanye


Ni baru betul design ada makna ada tema.... yg buat org stop tengok baca, pikir, kenang..... Bukan design lawa gemoak tp org tgk sekali lalu je....


Poster ni mmg utk mengingat kembali memori lama y semakin nak hilang dek zaman dah. Sekarang semua berjaya dah kan y guna benda ni dlu2


Sekurang-kurangnya mereka telah mengembali sekejap zaman design paling asas yg pasti semua pernah pkai.. Apa yg ada masa ini sudah pasti ada asasnya yg terdahulu..














 











Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post